Dun Bangi, 26 Muharram 1434 (10.12.2012)
Hari ini Adun Bangi menerima maklumat dari Kerajaan Negeri
Selangor bahawa untuk DUN Bangi (juga Dun-Dun lain) diperuntukkan sebanyak RM2
juta dari Peruntukkan Marris untuk pembaikan jalan juga perparitan jalan bagi tahun 2013 untuk Dun Bangi.
Adun dikehendaki mengemukakan cadangan jalan-jalan yang perlukan pembaikan. Cadangan dikehendaki dikemukakan tidak lewat dari 21 Disember 2012 ini.
Untuk mendapat maklumat dan cadangan jalan-jalan yang wajar
dibaiki, Adun akan menggunakan mekanisme biasa, iaitu melalui Ahli-Ahli MPKj
dan Ketua-Ketua Kampong yang dilantik di bawah DUN Bangi. Selain daripada itu
Adun sendiri dan pembantu-pembantu akan meninjau jalan-jalan di DUN Bangi.
Namun kemungkinan ada jalan-jalan yang wajar dibaiki, tetapi terlepas pandang atau di luar dari maklumat Adun, sebab itu Adun berharap orang ramai, terutama mereka yang tinggal di Dun Bangi dapat mengemukakan maklumat dan cadangan kepada Adun jalan-jalan yang wajar dibaiki.
Pertimbangan akan dibuat secara saksama untuk diangkat kepada MPKj sebagai cadangan untuk dibaiki.
Tarikh cadangan hendaklah tiba ke Pejabat Adun tidak lewat
dari 20 Disember 2012. Boleh hubungi Pejabat Adun melalui e-mail, surat dan telefon
sebagaimana di dalam blog ini (klik sini).
Source: http://drshafie.blogspot.com/2012/12/peruntukan-rm2-juta-bagi-pembaikan.html
No comments:
Post a Comment