“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Tuesday, January 25, 2011

Pelancaran Blog PAS Caw. Sg. Tangkas

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, malam tadi (24-Jan-11) dengan rasminya dilancarkan blog PAS Cawangan Sungai Tangkas.


    T A H N I A H !!   


Mudah-mudahan blog ini dapat menjadi salah satu saluran informasi yang membekal dan menyalurkan informasi terkini berkenaan dengan PAS secara umumnya dan PAS Cawangan Sungai Tangkas secara khususnya.

Wassalam.

Sunday, January 16, 2011

Sejarah Penubuhan PAS Caw. Sg. Tangkas


Pas Kawasan Serdang berjaya menembusi kubu Umno di DUN Bangi dengan tertubuhnya Cawangan Pas di Sungai Tangkas pada 25 April 2009. Buat masa ini Pas Cawangan mempunyai  kira-kira 100 orang ahli.  Pada Pilihanraya Mac 2008 Pas berjaya memenangi Peti Undi daerah Sungai Tangkas walaupun mendapat saingan hebat dari UMNO. 

Daerah Sungai Tangkas meliputi Kg Sg Tangkas, Taman Tropika, Desa Al Amin, Taman Universiti Jalan Pintar dan Taman Universiti Jalan Cerdik. Dijangka semakin ramai akan menyertai Pas setelah melihat perkhidmatan yang memberansangkan oleh ADUN Pas Bangi Dr Shafie Abu Bakar yang sering turun padang meninjau masalah penduduk.