“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Thursday, January 31, 2013

Selangor akan ambil alih urusan air dalam 14 hari

Harakahdaily, 30 Jan 2013
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan pihaknya akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat dengan berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air.

Dun S'gor dibubar awal selepas Chap Goh Meh

Harakahdaily, 30 Jan 2013  
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, pihaknya akan menimbang untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal dari parlimen sekiranya pusat masih berteka-teki dengan tarikh pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Katanya, kerajaan negeri akan membawa cadangan itu kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

"Sekiranya Perdana Menteri belum buat pengumuman berkenaan tarikh pilihanraya selepas Chap Goh Meh, kami akan mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor lebih awal dari Parlimen.

Berulang 13 Mei, tak wajar keluar dari mulut SPR

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membayangkan aktiviti membantah dan meraikan kemenangan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh mencetus kembali Tragedi 13 Mei 1969 sebagai tidak bertanggungjawab.  (Berkenaan kenyataan pengerusi SPR, baca di sini.)

Monday, January 28, 2013

Gagal hadir mesyuarat punca Nasharudin digugur

KUALA LUMPUR: Pengguguran keanggotaan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS tidak ada kena mengena dengan tindakan beliau menyertai lawatan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Gaza, Palestin 22 Januari lalu.

Boleh undi calon bukan Islam - Dewan Ulama

KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang masalah bagi orang Islam untuk mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti jika langkah itu boleh menjuruskan ke arah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman yang berlaku dalam negara ini.

Friday, January 25, 2013

AMK Selangor Mohon Campurtangan Sultan Selangor Atasi Isu Air Selangor -...

Gagal tapisan SPRM tetapi tiada tindakan undang2?


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat pemimpin politik termasuk menteri besar dan ketua menteri tidak melepasi tapisan SPRM untuk menjadi calon tetapi persoalan timbul kenapa mereka tidak diambil tindakan.

Inilah yang dipersoalkan apabila media mula menyiarkan perkara ini ekoran tapisan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Menurut akhbar Sinar pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti, lapor muka depan akhbar itu hari ini.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13  masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

Source link - http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16312--gagal-tapisan-sprm-tetapi-tiada-tindakan-undang2

Cinta Nabi, Saranan Al-Quran Yang Ditinggalkan


Written by Abdul Muizz bin Muhammad  
 Published on 23 January 2013 Hits: 411
Dewasa ini ramai yang membicarakan topik ‘Cinta Nabi’. Satu perkembangan baik yang berlaku di kalangan umat Islam. Cuma terkadang, kita tercari-cari metodologi yang tepat bagaimana menyintai Rasulullah S.A.W. Sehingga kita terlupa al-Quran telah membicarakan soal ini secara jelas dan langsung.

Friday, January 18, 2013

UAI - Tolak Hukum Allah (Hudud) Tapi Pergi Ke Mekah


Senyum :)

Source link - http://www.youtube.com/watch?v=dnJoiy310bM

Berita Info 12 - Berkaitan Syabas etc...


Source link - http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=h3Vjj4eEPLY

Tarikh-tarikh Dun akan terbubar secara automatik





21 Mac : Johor
26 Mac : N.sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu

28 April Parlimen Malaysia Automatik terbubar.


Source link - http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/16056-tarikh-tarikh-dun-akan-terbubar-secara-automatik

Thursday, January 17, 2013

Listen!: Parodi Forum Suara Mahasiswa


This parody (among tens, if not hundreds, of others produced) was made in response to Ms. Sharifah Zohra's rude interruption and comments against Ms. Bawani during the Q&A session (as shown below).

Ops Tampal Jalan Seluruh Selangor


khalid-ibrahim

SHAH ALAM, 16 JAN: Kerajaan Negeri dengan kerjasama 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjalankan ‘Ops Tampal Jalan’ di semua jalan di seluruh Selangor termasuk jalan persekutuan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dalam tempoh 1 Januari 2013 sehingga 15 Januari 2013, sepanjang 56 642 meter persegi jalan rosak telah dibaiki di seluruh negeri.

LAFAZ ALLAH : UMNO TIDAK MAMPU TUNAI AMANAH

Written by Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang  
Published on 14 January 2013 Hits: 186
Amanah terbesar dalam Islam ialah memerintah negara, di mana UMNO telah diberi kepercayaan sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan sehingga kini, bagi memimpin kerajaan bagi pihak melayu beragama Islam dalam BN, dahulunya Perikatan.

Islam telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara dengan hak yang adil kepada penganut berbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan saling mengerti dalam perkara yang berbeza. Islam wajib diperkasakan sehingga mengatasi yang lain dengan pendekatan yang bijak dan amalan yang istiqamah dan adil terhadap semua, kerana Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan kosong.


Wednesday, January 16, 2013

MB Selangor: Najib Guna Isu Air Ugut Rakyat Selangor


Kerajaan Negeri kesal dengan kenyataan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang telah menggunakan isu air untuk mengugut rakyat. (Lihat sini)

Ketika rakyat mengadapi masalah bekalan air, Perdana Menteri sepatutnya bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri demi memastikan perkara ini tidak berulang.

Fakta Sebenar Isu Air di Selangor.mp4

PM: Vote BN to resolve water issue

Sumber: bharian.com.my, 13.1.13

Wakil PAS CST ke KL112

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba...

Suasana di Masjid Negara sesudah solat Zuhur




Perarakan dari Masjid Negara ke Stadium Merdeka
Suasana di dalam Stadium Merdeka
 
Interesting...

Friday, January 11, 2013

KL112: Phone No DPPM

Jika perlu hubungi nombor tertera : Ketua DPPM





Source link: http://www.facebook.com/pages/Nasrudin-Hassan/303331692311

KL112: Mesej Dari Pas Pusat

KL112 : Nota Penting
DARI PAS PUSAT

PAS mengalu-alukan kebenaran Pihak Stadium Merdeka yang memberi kebenaran kepada peserta HKR berhimpun pada 12hb ini serta jaminan pihak polis untuk mengawal bagi mempastikan tiada kekecohan yang sengaja diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu.

Thursday, January 10, 2013

Banner fitnah kepada #kl112 tersebar.

Rileks.

Ada yang sibuk maki hamun pr dan aktivis2 yang pernah kibarkan bendera rakyat pada hari merdeka tahun lepas. Punca mereka dimaki hamun adalah disebabkan perkara di bawah neh hah ;



Penggunaan nama Allah tidak wajar disalah guna

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan januari 2010 yang lalu.

Tuesday, January 8, 2013

Lawatan MB Selangor Melakar Sejarah di Kampung Sungai Tangkas


Tanggal 6 Januari 2013 merupakan satu hari yang bersejarah buat penduduk Kampung Sungai Tangkas apabila julung-julung kalinya seorang Menteri Besar Selangor membuat lawatan ke kampung tersebut.




Sunday, January 6, 2013

Lawatan MB Selangor ke Kampung Sungai Tangkas

Y.A.B Menteri Besar Selangor Abd. Khalid Ibrahim bakal melawat Kampung Sungai Tangkas pada 6 Januari 2013 bagi meraikan Kenduri Rakyat yang diusahakan dengan kerjasama PAS Cawangan Sg. Tangkas (PCST), penduduk kampung Sg. Tangkas dan pejabat ADUN Bangi.


Kenduri Rakyat ini diadakan bersempena pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Kampung Sg. Tangkas.  Pembinaan sekolah agama tersebut, yang menelan belanja RM5.2 juta, telah bermula pada akhir tahun 2012. 

Maklumat pembinaan SAR Sg. Tangkas