“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Saturday, February 19, 2011

PRK Kerdau & Merlimau SERENTAK

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRK DUN Kerdau akan diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media di Kuching.

STATISTIK KERUSI DUN KERDAU

 


 STATISTIK KERUSI DUN MERLIMAU

 

Tuesday, February 15, 2011

Promosi Blog PAS Caw. Sg. Tangkas

Alhamdulillah,

Pada hari ini dengan Blog PAS Caw. Sg. Tangkas mula dihebahkan secara rasmi kepada umum terutamanya kepada penduduk Kampung Sungai Tangkas, Taman Tropika, Taman Universiti Jalan Pintar, Jalan Cerdik, Vista Emas dan Alam Sari. 





Blog ini telah dilancarkan secara rasmi pada 24-Jan-11 yang lalu (baca DI SINI) akan menjadi salah satu medium penting untuk menyampaikan maklumat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan oleh PAS Cawangan Sungai Tangkas.

Blog ini juga akan memuatkan berita-berita semasa berkenaan perkembangan semasa politik negara kita.

wassalam.

Monday, February 14, 2011

Program YB Masuk Kampung - Meriah


Alhamdulillah Program YB Masuk Kampung pada 12 dan 13 Feb 11 di Kg Sungai Tangkas telah berjalan dengan baik dan jayanya walaupun terdapat sedikit provokasi dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab pada hari pertama program.

Dalam program 2 hari tersebut tersebut YB Dr Shafie, ADUN Bangi dan rombongan telah menziarahi penduduk khususnya golongan kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan pemimpin-pemimpin tempatan.

Program lain yang diadakan adalah kaunter penerangan Kerajaan Negeri Selangor, kaunter SPR, pemeriksaan kesihatan, pertandingan Futsal dan Pin Pong, pertandingan memasak untuk kaum ibu dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Kemuncak program adalah Jamuan Rakyat yang diadakan pada petang Ahad 13 Feb 11.


Tahniah kepada penganjur program – Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bangi dan Jawatankuasa Kampung Sg Tangkas serta semua petugas yang telah menjayakan program .

Klik
untuk berita penuh


wassalam.

Sunday, February 13, 2011

Kerdau bakal hadapi Pilihanraya Kecil

Pilhanraya kecil bakal diadakan di Kerdau, Pahang berikutan kematian ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12-Feb yang lalu akibat serangan jantung.

Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

Pada PRU 2008, Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN mengalahkan calon PAS, Hasanuddin Salim (Ketua Penerangan PAS Pahang) dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin mendapat 4,135 undi berbanding Hasanuddin sebanyak 2,520.

N.28 Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau di mana Yang Dipertua PAS kawasannya ialah Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Thursday, February 10, 2011

Program YB Masuk Kampung

Assalamualaikum,

Untuk makluman, Jamuan Rakyat sempena "Program YB masuk kampung" akan diadakan pada Ahad ini di Surau Al-Hidayah, Kampung Sungai Tangkas. Butiran lanjut programn ini adalah seperti dibawah:

Program :  Jamuan Rakyat sempena Program YB Masuk Kampung
Tarikh :  13-Feb-11 (Ahad)
Waktu : 5pm - 7pm
Lokasi : Surau Al-Hidayah, Kg. Sg. Tangkas

Program beramah mesra bersama ADUN Bangi, YB Dr. Shafei bin Abu Bakar ini adalah peluang keemasan bagi penduduk kampung Sungai Tangkas dan kawasan sekitarnya untuk bertemu dan berinteraksi dengan YB.

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan dan menjayakan program ini.
 
*** SEMUA DIJEMPUT HADIR ***

wassalam.

PRK DUN Merlimau : PAS wakili PR

Pakatan Rakyat telah sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Tarikh penaman calon adalah sebagaimana yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini adalah pada 26 Februari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti itu akan bermesyuarat pada 13 Februari ini bagi membincangkan calon yang akan diketengahkan bagi meramapas DUN Merlimau.

Klik video di bawah untuk maklumat lanjut.


Marilah bersama-sama kita berdoa kehadrat Allah SWT mudah-mudahan Allah memberi kemenangan kepada kita. Amin.

Wassalam.