“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Saturday, April 27, 2013

Presiden MCA serang keIslaman Pak Lah


KUALA LUMPUR, 27 Apr: Barangkali inilah hasilnya apabila berkawan dengan Umno terlalu lama. Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang sudah kehabisan isu mengambil Tun Abdullah Badawi sebagai sasarannya untuk dihina sebelum digunakan untuk menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua pernah dipaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan di bawah pentadbiran Pak Lah ekoran skandal seksnya.

Setelah Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) melaporkan Anwar kini di depan popularitinya berbanding pemangku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Chua menyerang dengan mempersendakan pendidikan Pak Lah.

Harga minyak kekal tinggi tak nak untungkan orang kaya?

27 Apr 2013
HARGA MINYAK kekal tinggi kerana tak nak untungkan orang kaya? Jikalau kita mengikut ulasan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak, nampak gayanya begitulah.

"Kita kurangkan minyak siapa untung? Orang kaya pun untung, orang kaya bawa kereta besar pun untung, pelancong pun untung, pendatang tanpa izin pun untung, pekerja asing pun untung, orang yang jual (seludup) minyak pun untung,” Najib semalam dipetik sebagai berkata.

Friday, April 19, 2013

Senarai Penuh Calon2 PAS Selangor

Calon-Calon PAS Selangor :

Parlimen
P.093 Sungai Besar : Hj Mohd Salleh bin Husin
P.095 Tanjong Karang : Drs Mohd Rashdi b Deraman
P.096 Kuala Selangor : Dr Zulkifli bin Ahmad
P.101 Hulu Langat : Dr Rosli Che Mat
P.108 Shah Alam : Khalid Abd Samad
P.111 Kota Raja : Dr Mariah bte Mahmud
P.113 Sepang : Mohd. Hanipa bin Maidin

DUN
N.001 Sg Air Tawar : Abdul Wahid bin Rais
N.002 Sabak : Ustaz Salehin Mukhyi
N.003 Sungai Panjang : Fadzlin bin Taslimin
N.005 Hulu Bernam : Muhammad bin Idris
N.008 Sungai Burong : Mohd Judi bin Sarjo
N.012 Jeram : Abdul Rashid bin Mohd Kassim
N.015 Tmn Templer : Zaidi bin Talib
N.017 Gombak Setia : Hasbullah bin
N.018 Hulu Kelang : Saari bin Sungib
N.020 Lembah Jaya : Khasim b Abdul Aziz
N.021 Chempaka : Iskandar bin Abdul Samad
N.023 Dusun Tua : Haji Ghazali blin Hasan
N.026 Bangi : Shafie bin Ngah
N.029 Seri Serdang : Norhanim bte Ismail
N.038 Paya Jaras : Khairuddin bin Othman
N.042 Meru : Dr Abdul Rani bin Osman
N.045 Selat Kelang : Dr Halimah bte Ali
N.051 Sijangkang : Dr Ahmad Yunus bin Khairi
N.053 Morib : Hasnol b Baharuddin
N.054 Tanjong Sepat : Ir Haslin bin Hasan


sumber - http://www.facebook.com/photo.php?fbid=643145825702623&set=a.480411171976090.128861.479387615411779&type=1&theater

Aktiviti PASCST


Thursday, April 18, 2013

Tolak mereka yang guna video lucah - NGO wanita

18 Apr 2013


(Wanita Malaysia bergabung membantah parti politik yang mengedarkan video lucah dalam kempen mereka)

 KUALA LUMPUR: 14 NGO wanita serta tiga personaliti bergabung tenaga hari ini bagi membantah penyebaran video lucah di media.

Rata-rata Komen tak Percaya Pada SPR isu DAP-ROS

Berikutan berita yang diterbitkan Malaysiakini bertajuk "EC chief says DAP can still contest despite ROS action", rata-rata komen yang diutarakan tidak mempercayai pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof dan ada juga yang mengaitkan BN sebagai dalang disebaliknya.

'I'm not campaigning, I just want your votes'


 
by

Umno vice-president Ahmad Zahid Hamidi today used his capacity as caretaker defence minister to garner the electoral support of army personnel in an official event, but stressed that he is not campaigning.

NONE"I'm not asking for your support, I'm not campaigning. No, I merely ask for your votes, that's it. The press, don't write this ya!” he said in laughter to some 600 army personnel and veterans this afternoon during a get-together session at the Tebrau army camp in Johor Baru.

Ahmad Zahid (left) explained that the secrecy and transparency of army votes will be protected with the unprecedented implementation of advance voting for security forces in this general election, and that it will dispel rumours that their ballots were crossed by their supervisors without their knowledge.

“Go ahead and cross whoever you want, as long as you cross BN. (The media) don't report ya,” he said again jokingly.

Keputusan ROS tak halang DAP tanding PRU13 - SPR

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung jawatankuasa pusat DAP tidak akan menghalang parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

"Tidak affect bolih bertanding," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff melalui SMS kepada Malaysiakini.

Senarai Penuh DAP di Selangor


Kuala Lumpur, 18 Apr: Pengumuman calon ini dibuat oleh Setiausaha Agung  DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut senarai yang dikeluarkan, dua Exco Selangor iaitu Ronnie Liu dan Teresa Kok tidak ada. Kerusi Pandamaran yang diwakili Ronnie sebelum ini akan ditandingi oleh Tan Pok Shyong.

Kerusi Kinrara yang diwakili Teresa Kok sebelum ini akan ditandingi oleh Ng Sze Han. Sebelum ini, Teresa Kok juga anggota Parlimen Seputeh.

Dalam pilihan raya kali ini, DAP akan bertanding empat kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN di Selangor.

Monday, April 15, 2013

Khalid ke Perlabuhan Klang untuk tebus kesilapan

PELABUHAN KLANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap pencalonnya di kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai peluang untuk beliau menebus “kesilapan” lima tahun dahulu.

Ini kerana menurut setiausaha politiknya Faekah Husin, penyandang kerusi Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah,  dipilih oleh Abdul Khalid sendiri.

Pada pilihanraya ke-12, pada Mac 2008, Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang dengan majoriti 4,407 di bawah tiket PKR.

Pada Oktober 2009, Badrul meletak jawatan dalam PKR dan ishtiyar bahawa beliau telah keluar parti dan mengumumkan dirinya sebagai Adun mb khalid pelabuhan klang calon 03Bebas.

PKR umum senarai penuh calonnya di Selangor



(Barisan calon PKR Selangor ketika diperkenalkan kepada umum malam tadi)


GOMBAK: Bertempat di Padang Bola, Jalan AU2 Keramat, Datuk Seri Anwar mengumumkan senarai calon PKR bagi Parlimen dan DUN Selangor.

Sebahagian besar calon terdiri dari muka-muka lama terutamanya yang menang dalam pilihan raya yang lalu. Namun terdapat juga calon yang digugurkan walaupun menang pada PRU12 2008.

Friday, April 12, 2013

Saksikan bagaimana identiti seseorang boleh ditiru


UMNO-BN buat video seks dan liwat untuk fitnah pimpinan PR guna teknologi ini: boleh menyamar dan boleh tukar muka orang



 


 



http://jomkitabaca.wordpress.com/2013/04/12/umno-bn-buat-video-seks-dan-liwat-untuk-fitnah-pimpinan-pr-guna-teknologi-ini/

Thursday, April 11, 2013

Buletin 13: 50 Tahun Bawah BN, 40 Peratus Bumiputera Miskin


Pondok Panas Pada Hari Mengundi Akan Dirobohkan

SPR PC 02
PUTRAJAYA, 10 APR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan merobohkan semua pondok panas yang didirikan pada hari pengundian dan peraturan ini berkuatkuasa kepada semua parti politik.

Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, SPR tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya pondok panas didirikan sepanjang tempoh berkempen.

Dulu dan kini...fenin aku

Dulu PAS nak buat negara Islam
BN kata tak sesuai kerana Malaysia rakyatnya majmuk
sekarang PAS guna pendekatan Negara Berkebajikan
BN kata PAS dah lupa Negara Islam.

Dulu PAS tak buat pakatan dengan parti bukan Islam
BN kata PAS ekstrimis, anti sosial dan tak releven
sekarang PAS berkawan dengan DAP, PKR dan ada DHPP
BN kata Pas dah berubah demi kuasa dan dah sesat.

Langgar rukun agama, solat tak dapat pahala - ulama

KOTA BHARU: Sama juga fardhu wuduk ada enam perkara, sekiranya tertinggal salah satu maka tidak sah wuduk. Begitu juga tiada pahala ibadat bagi mereka yang tidak sempurna iman.

Ketua Dakwah Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, setiap ibadat ada rukun-rukunnya, sekiranya salah satu daripadanya diragui maka ibadat akan terjejas.

“Begitu juga apabila ada orang Islam yang tidak yakin atau meragui hukum hakam ditetapkan Allah SWT maka pegangan Islamnya sudah menjadi longgar.

“Kita tahu hanya Allah Taala yang memberi pahala atau tidak di atas setiap amalan kita, namun kalau dilanggar rukun-rukun dalam ibadat maka amalan kita sudah diragui,” katanya di sini.

'Money'festo BN jangka pendek - Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang
medianya hari ini
KUALA LUMPUR, 11 Apr: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan manifesto yang dibentangkan Barisan Nasional (BN) bersifat jangka pendek.

Beliau yang turut memberitahu, manifesto tersebut juga ternyata tidak menangani masalah-masalah pokok ekonomi dan tidak langsung mahu melakukan penstrukturan semula ekonomi bagi menangani isu monopoli dan pengherotan pasaran.

Wednesday, April 10, 2013

Buletin 13: PKR gesa kes Altantuya dibuka kembali


PAS Tempatkan 100 Peguam Di Kawasan Parlimen

PAS-for-All
KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Lajnah Undang-undang PAS Pusat menyediakan 100 orang peguam yang akan ditempatkan di semua kerusi Parlimen yang ditandingi PAS bagi membantu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

95 peratus peguam ini terdiri daripada golongan anak muda profesional bakal ditempatkan di bilik gerakan dan lapangan kempen.

Haron Din lancar kempen dana penerbitan KAMI PRU13


Haron Din lancar kempen dana penerbitan KAMI PRU13

Arif Atan, 10 Apr 2013
BANGI: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyeru seluruh rakyat agar menyokong kempen Dana Penerbitan PRU13 anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dan ia tergolong sebagai satu usaha jihad.
Katanya, arahan berjihad terlalu banyak dalam al-Quran dan umat Islam digesa mengorbankan sedikit harta bagi tujuan membantu memenangkan Islam, termasuk melalui pilihan raya.

Dr Haron berkata demikian selepas melancarkan kempen di kediamannya, dekat sini, kelmarin. Turut sama Pengerusi KAMI, Ahmad Lutfi Othman.

JPM bayar iklan RM36 juta pada Mac tingkat imej Najib

SHAH ALAM: Jabatan Perdana Menteri (JPM) didakwa membelanjakan sehingga RM36.1 juta pada bulan Mac lalu bagi kos pengiklanan untuk meningkatkan imej pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mata rakyat.

Bendahari Agung PKR, William Leong berkata, maklumat itu diperolehinya daripada laporan sebuah bank bertarikh 19 Mac lalu itu.

Ayat ‘BN ciplak manifesto PR’ pun kena ciplak


KUALA LUMPUR: Percaya atau tidak. Bukan sahaja manifesto Pakatan Rakyat yang diceduk, malah ayat ‘BN ciplak manifesto PR’ pun ditiru BN. Cuma BN ubah sikit dari ciplak kepada cedok.

Perkara itu jelas apabila Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh Pakatan Rakyat meniru manifesto BN.

“Manifesto pilihan raya pakatan pembangkang sebenarnya hanya mengembangkan inisiatif yang telah dilaksana kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Saturday, April 6, 2013

Aktiviti Wajib Petugas PAS...

Memasang bendera di area Sungai Tangkas..

Engineer Buluh & Bendera sedang merancang.. nak buat apa agaknya ni?

Thursday, April 4, 2013

PAS minta kerajaan sementara patuhi 11 perkara


KUALA LUMPUR, 4 Apr: PAS meminta kerajaan sementara samada di peringkat pusat atau negeri mematuhi 11 perkara dalam menjalankan tugas mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, ia diperlu dilakukan bagi memastikan kerajaan sementara berjalan lancar dan dihormati semua pihak.

"Bagi pihak PAS, saya dengan ini menyeru supaya Perdana Menteri dan seluruh pemegang jawatan di dalam badan Eksekutif, samada ahli kabinet Persekutuan mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya benar-benar mematuhi prinsip, amalan dan konvensyen berkaitan dengan Kerajaan Sementara secara sepenuhnya.

11 perkara itu adalah:

Penjelasan: 70 GURU, PELAJAR PONDOK AGAMA ISYTIHAR KELUAR PAS


Seorang Pelajar Sekolah Pondok hari ini menegaskan beliau di fitnah oleh UTUSAN dan UMNO, malah beliau berasa amat malu apabila di kaitkan dengan UMNO kerana umum mengetahui UMNO merupakan saekor parti Lucah, kata beliau bagaimana seorang yang berlatar belakangkan Pelajaran Agama Islam boleh menyertai UMNO yang penuh dengan perbuatan mungkar ini. Ini amat memalukan saya serta sekolah saya
Apabila di tanya oleh wartawan Ajensi Fakap EP adakah tindakan saman fitnah dan saman malu akan di ambil, kata beliau,
"kesian dengan UTUSAN saman yang sebelum ini dengan pemimpin-pemimpin PAS, PKR dan DAP pun mereka tak settle lagi, mana tergamak saya nak saman UTUSAN lagi, apa-apa pun saya serahkan perkara ini kepada barisan Peguam dalam PAS."
Kahkahkah Tonton video penjelasan pelajar ini di bawah. 


link - http://www.erapasca.com/2013/04/panas-utusex-dan-bh-akan-di-saman-oleh.html

Menukar kerajaan itu bukan jenayah

Aspan Alias, 04 Apr 2013

Sekarang kita benar-benar berada dalam minggu-minggu pilihanraya yang ditunggu begitu lama. Pengumuman pilihanraya oleh Perdana Menteri menjadi isu hangat di merata tempat. Di mana-mana sahaja orang ramai bercakap tentang pilihanraya dan masing-masing mempunyai andaian dan telahan masing-masing tentang keputusannya.  Apa pun tidak berapa minggu sahaja lagi rakyat akan melakukan tanggungjawab besar iaitu untuk memberikan mandat untuk mentadbir negara dan rakyat seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan negara kita.

Buletin 13 - Selangor Bubar DUN Esok


Wednesday, April 3, 2013

Buletin 13: SPR Enggan Bersihkan Daftar Pengundi


Perjanjian Beli Senjata, Cubaan Aniaya Kerajaan Baru?

aziz-bari-ekonomi-najib
SHAH ALAM, 3 APRIL: Tindakan menandatangani 24 perjanjian kerjasama dan memorandum persefahaman pertahanan bernilai lebih RM4.2 bilion oleh Kerajaan Umno-BN yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa menimbulkan banyak persoalan.

Antara persoalannya, adakah perjanjian itu dibuat untuk memperolehi komisyen dan cubaan membebankan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya PR berjaya menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) nanti.

Parlimen dibubar hari ini




(Najib dengan diiringi Muhyidin membuat pengumuman secara langsung pembubaran melalui TV1)

KUALA LUMPUR, 3 Apr: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini, 3 April 2013, tepat empat tahun selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ketua-ketua kerajaan negeri menghadap ketua-ketua negeri masing-masing untuk membubarkan DUN di setiap negeri selain Negeri Sembilan yang terbubar dengan  sendiri.

Panas: Seluruh Kuantan 'lumpuh' tiada air

KUANTAN, 2 April - Orang ramai di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya merungut dan kecewa dengan masalah terputus bekalan air yang semakin kerap melanda sekarang ini. Walau pun isu ini sudah berkali-kali diwar-warkan, namun nampaknya situasi yang melanda kini semakin teruk malah lebih memburukkan. Berbagai aktiviti terjejas gara-gara masalah air yang melanda. Malah, tidak kurang juga yang kecewa kerana semenjak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) masalah air di Pahang semakin kritikal dan cukup membimbangkan. 

PRU13: Rakyat jangan terperangkap strategi Najib


KUALA LUMPUR, 2 Apr: Rakyat jangan leka dengan strategi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyembunyikan tarikh pembubaran parlimen dan PRU13.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini salah satu strategi untuk rakyat lupa masalah negara dan masalah peribadi yang dipikul oleh beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri.

“Beliau hendak rakyat, termasuk penyokong Umno hanya bincang bila tarikh pembubaran Parlimen dan tidak bincang masalah negara dan masalah peribadi,” katanya kepada Harakahdaily.

Baginya, Najib begitu tertekan dengan penolakan rakyat terhadap Umno dan BN.