PAS mengalu-alukan kebenaran Pihak Stadium Merdeka yang memberi
kebenaran kepada peserta HKR berhimpun pada 12hb ini serta jaminan pihak
polis untuk mengawal bagi mempastikan tiada kekecohan yang sengaja
diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu.
Sehubungan itu, seluruh jentera keselamatan dan Unit Amal PAS dan orang
ramai disaran turut berperanan bagi merakam sesiapa sahaja yang cuba
lakukan provokasi pada hari tersebut. Sebarang ucapan yang menyerang
peribadi mana-mana individu, mengapi-apikan isu perkauman dan agama,
perkataan bersifat provokasi mesti dielakkan.
PAS juga
menerima maklumat terdapat pihak-pihak tertentu yang dibekalkan baju HKR
yang akan menyusuk masuk dalam himpunan bagi tujuan yang meragukan.
PAS berharap pihak polis dan pasukan keselamatan mestilah mengutamakan
keselamatan rakyat dan menggunakan uniform rasmi beserta tanda nama dan
nombor anggota bagi menyakinkan orang ramai dan mengelak berulangnya
kekecohan di perhimpunan Bersih 3.0.
Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 10 Januari 2013
No comments:
Post a Comment