Y.A.B Menteri Besar Selangor Abd. Khalid Ibrahim bakal melawat Kampung Sungai Tangkas pada 6 Januari 2013 bagi meraikan Kenduri Rakyat yang diusahakan dengan kerjasama PAS Cawangan Sg. Tangkas (PCST), penduduk kampung Sg. Tangkas dan pejabat ADUN Bangi.
Kenduri Rakyat ini diadakan bersempena pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Kampung Sg. Tangkas. Pembinaan sekolah agama tersebut, yang menelan belanja RM5.2 juta, telah bermula pada akhir tahun 2012.
|
Maklumat pembinaan SAR Sg. Tangkas |
No comments:
Post a Comment