Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah
mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam
kenyataan media saya pada 4 januari 2010 dan saya juga telah
mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman
Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil
yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan
januari 2010 yang lalu.
Kalimah "Allah" adalah satu perkataan
yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha
Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara
tepat.
Kalimah "Allah" tidak wajar disalah
gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan
kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut
perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam
bahasa masing-masing dan ketika beribadat.
Walau bagaimanapun Islam tidak
menghalang pengganut agama lain mengggunakan kalimah "allah" dalam
amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.
Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai
ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami
dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita
tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian
dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Par paderi, sami dan
pemimpin ) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan
selain dari Allah". kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling
(enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu
bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran:64)
PAS merasa sangat kesal terhadap Umno
yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang
memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang
dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen
politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan
penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
8 Januari 2012
Link: http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1594:penggunaan-nama-allah-tidak-wajar-disalah-guna&catid=59:kenyataan-media-presiden-pas-sesi-2011-2013&Itemid=461
No comments:
Post a Comment