Haron Din lancar kempen dana penerbitan KAMI PRU13
Arif Atan, | 10 Apr 2013 |
BANGI: Timbalan
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyeru seluruh rakyat agar
menyokong kempen Dana Penerbitan PRU13 anjuran Kumpulan Aktivis Media
Independen (KAMI) dan ia tergolong sebagai satu usaha jihad.
Katanya, arahan berjihad terlalu banyak dalam al-Quran dan umat Islam digesa mengorbankan sedikit harta bagi tujuan membantu memenangkan Islam, termasuk melalui pilihan raya.
Dr Haron berkata demikian selepas melancarkan kempen di kediamannya, dekat sini, kelmarin. Turut sama Pengerusi KAMI, Ahmad Lutfi Othman.
Mengulas usaha KAMI yang mula mengedarkan sedcara percuma bahan penerbitan sejak dua minggu lalu, termasuk sisipan "Bangkit" kepada pengundi agar dapat membuat pilihan tepat dan rasional dalam PRU13, beliau berkata, media cetak merupakan pendekatan kempen berkesan tetapi memerlukan belanja besar.
"Saya menyeru orang ramai tampil menyumbang dalam kadar kemampuan masing-masing. Kita memerlukan dana sebanyak mungkin untuk menyalurkan maklumat berguna dan menangkis fitnah," tambahnya.
Mengulas lanjut, Dr Haron, berkata, setiap diri umat Islam di negara ini dituntut untuk berjihad dalam kadar kemampuan masing-masing.
Beliau seterusnya membaca ayat al-Quran yang bermaksud: "Berjihadlah kamu di jalan Allah, dengan hartamu dan dirimu itulah lebih kepada kamu kalau kamu mengetahui."
Sumbangan untuk dana penerbitan KAMI ini boleh disalurkan terus ke akaun Maybank KAMI MEDIA 514075606399.
link - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18134-haron-din-lancar-kempen-dana-penerbitan-kami-pru13

No comments:
Post a Comment