PELABUHAN KLANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
menganggap pencalonnya di kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai peluang
untuk beliau menebus “kesilapan” lima tahun dahulu.
Ini kerana
menurut setiausaha politiknya Faekah Husin, penyandang kerusi Pelabuhan
Klang Badrul Hisham Abdullah, dipilih oleh Abdul Khalid sendiri.
Pada pilihanraya ke-12, pada Mac 2008, Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang dengan majoriti 4,407 di bawah tiket PKR.
Pada
Oktober 2009, Badrul meletak jawatan dalam PKR dan ishtiyar bahawa
beliau telah keluar parti dan mengumumkan dirinya sebagai Adun mb khalid
pelabuhan klang calon 03Bebas.
Di dalam ucapannya, Abdul Khalid
mengakui kesilapannya dahulu dalam memilih Badrul Hisham dan berkata
ketika itu beliau ditemui oleh Yang dipertua PAS Pelabuhan Klang Ismail
Arshad.
“Dia
cakap Badrul ni tak betul, orang PAS tak setuju dengan dia … Jadi saya
kena cari orang nak ganti, dia kata orang PAS ada ganti.
“Saya
kata tunggu dulu sebab saya perbetulkan masalah ni. Saya ntah macam
mana, tak boleh buat apa. Saya pilih Badrul ni. Saya pun tak tahu macam
mana nak buat.
“Itulah pengajaran pada saya, orang yang kita
pilih mungkin tak kena,” kata Abdul Khalid di dalam satu majlis sepetang
bersama Menteri Besar di Pandamaran Jaya di sini semalam.
Sekiranya
dipilih rakyat, Abdul Khalid berjanji akan bersungguh-sungguh
menyelesaikan masalah kawasan tersebut yang lima tahun diabaikan oleh
Badrul Hisham.
“Banyak masalah di Pelabuhan Klang yang tiada
orang berani selesaikan. Saya jadi Adun saya selesaikan. Masalah seperti
kilang dan pemilikan tanah, kita akan selesaikan.
“Boleh jadi
masalah (projek terbengkalai) PKFZ saya boleh selesaikan,” ujar Abdul
Khalid yang disambut laungan daripada 300 penyokong Pakatan Rakyat yang
hadir pada satu majlis di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya di sini
semalam.
Abdul Khalid akan meninggalkan kerusi Dun Ijok yang akan dipertandingkan oleh Ketua PKR Wilayah Persekutuan Dr Idris Ahmad.
Turut hadir di majlis tersebut MP Klang Charles Santiago dan bekas Adun Pandamaran Ronnie Liu.
link - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18289-khalid-ke-perlabuhan-klang-untuk-tebus-kesilapan
No comments:
Post a Comment