“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Wednesday, April 3, 2013

Perjanjian Beli Senjata, Cubaan Aniaya Kerajaan Baru?

aziz-bari-ekonomi-najib
SHAH ALAM, 3 APRIL: Tindakan menandatangani 24 perjanjian kerjasama dan memorandum persefahaman pertahanan bernilai lebih RM4.2 bilion oleh Kerajaan Umno-BN yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa menimbulkan banyak persoalan.

Antara persoalannya, adakah perjanjian itu dibuat untuk memperolehi komisyen dan cubaan membebankan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya PR berjaya menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) nanti.


Demikian beritahu pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari ketika dihubungi TV Selangor.

“Dalam keadaan dia masih takut-takut nak bubar sebelum lima tahun, dia buat komitmen yang begitu besar, ini signal yang tak begitu baik untuk rakyat.

“Perbelanjaan berbilion ringgit ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan yang baru bukan kerajaan yang hujung-hujung atau pun tinggal nyawa ikan.

“Umno-BN patut tunggu lepas pilihan raya dan tengok apa berlaku dahulu (kerana) dalam PR ada harapan cerah ke Putrajaya, ia semacam nak bebankan kerajaan baru atau juga nak bagi komisyen berlipat ganda kepada kroni mereka,” kata Dr Aziz yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tindakan ini menyamai taktik ‘bumi hangus’ ketika Jepun hampir menawan Tanah Melayu dan pihak British bertindak memusnahkan infrastruktur seperti jalan raya, landasan keretapi, jambatan, ladang getah, lombong dan telaga minyak di Miri bagi tujuan sabotaj.

Perjanjian bernilai RM4.2 bilion ditandatangani Kementerian Pertahanan Malaysia ketika Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) berlangsung baru-baru ini.

Pameran LIMA merupakan satu acara tahunan yang diadakan pada setiap bulan Disember setiap tahun.

Bagaimanapun, buat pertama kali acara tersebut dipercepatkan pada bulan Mac berbanding 11 edisi sebelumnya diadakan dalam musim cuti persekolahan hujung tahun sekaligus seolah-olah mengesahkan dakwaan bahawa LIMA 13′ diadakan dalam keadaan tergesa-gesa untuk acara tandatangani perjanjian itu.

link - http://www.selangorku.com/?p=25115

No comments:

Post a Comment