“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Thursday, April 11, 2013

Pondok Panas Pada Hari Mengundi Akan Dirobohkan

SPR PC 02
PUTRAJAYA, 10 APR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan merobohkan semua pondok panas yang didirikan pada hari pengundian dan peraturan ini berkuatkuasa kepada semua parti politik.

Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, SPR tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya pondok panas didirikan sepanjang tempoh berkempen.


“Kalau ada pondok panas, kami robohkan. Dibawah peruntukkan undang-undang tidak boleh.

“Buatlah pondok panas seberapa banyak yang dimahukan tetapi pada hari pengundian jangan gunakan,” tengasnya pada sidang media PRU-13 selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh pilihan raya.

Jelas Abdul Aziz, SPR tidak mempunyai kuasa berhubung pemasangan bendera yang sedang rancak berlaku sekarang dan peruntukkan undang-undang kempen PRU SPR hanya berkuatkuasa pada hari penamaan calon.

Berhubung tempoh berkempen yang disifatkan panjang, Abdul Aziz menyatakan 15 hari tersebut merupakan keputusan yang ditetapkan SPR meskipun syor Jawatankuasa Pilihan Raya Peringkat Parlimen sebelum ini hanya mencadangkan 10 hari.

link - http://www.selangorku.com/?p=25580

No comments:

Post a Comment