“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Sunday, March 3, 2013

Proses keluar geran tanah dihalang?


KUALA SELANGOR, 3 Mac:Kerajaan negeri Selangor kini berada di peringkat akhir memproses pemberian geran tanah kepada lebih 100 penduduk asal Kampung Seri Aman dekat sini.

Namun, ia cuba dihalang oleh pihak-pihak tertentu di negeri ini dengan memfailkan semakan kehakiman untuk membatalkan proses dan keputusan cabutan undi untuk permohonan berkenaan.

Menurut anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar atas), pihaknya sudah berada di peringkat akhir untuk mengeluarkan borang 5A bagi membolehkan pengeluaran geran kepada mereka yang layak.
"Namun kini ia terganggu sedikit," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Kampung Seri Aman didiami oleh kebanyakannya penduduk India sejak 30 tahun lalu. Sudah sekian lama mereka cuba mendapatkan geran untuk tanah mereka.

Seramai 179 keluarga yang mendakwa sebagai peneroka asal Kampung Seri Aman, Batang Berjuntai, Kuala Selangor memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan proses dan keputusan cabutan undi di kalangan pemohon baharu untuk lot tanah berkenaan.

Permohonan semakan itu difailkan wakil penduduk, Balakrishnan Subramaniam di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam  menerusi firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners.

Mereka menamakan kerajaan Selangor, Pegawai Daerah Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor dan Pengarah Tanah dan Galian Selangor masing-masing sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Peguam Kamarudin Ahmad ketika ditemui pemberita selepas memfailkan permohonan itu, berkata kesemua peneroka asal berkenaan yang menduduki lot tanah di Kampung Seri Aman lebih 60 tahun.

Source - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17146-proses-keluar-geran-tanah-dihalang

1 comment: