“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104
Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Friday, March 1, 2013

Penerima BR1M diarah bersumpah undi BN

BACHOK, 28 Feb: Bukan lagi omongan kosong Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan umpan menarik sokongan rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Lebih dahsyat lagi apabila surat akuan bersumpah turut dikempilkan bersama baucer BR1M yang diberi kepada setiap penerima.

Akuan bertulis itu berbunyi “Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan bekerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Umno, bukan untuk berpecah sesama Islam”.

Monday, February 25, 2013

BR1M vs Air Selangor: Mana Lebih Untung?


IMBUHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR VS KERAJAAN PUSAT
Oleh ShEaf, PASCST

 
Air Percuma dari Kerajaan Negeri Selangor 
Skim air percuma 20 meter padu ditawarkan kepada rakyat Selangor sejak 1 Jun 2008.  Pada tahun yang sama, kenaikkan tarif air juga dihalang oleh PR Selangor. Ini kerana mengikut Perjanjian Penswastaan Air 2004, Syabas diberi kuasa untuk menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus pada 2009 dan 25 peratus pada 2012.

BR1M dari Kerajaan Persekutuan
Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M pula diperkenalkan pada tahun 2012.  Bantuan tunai sebanyak RM500.00 itu layak diterima oleh setiap isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan. 

So.. mana lebih menguntungkan rakyat Selangor? Mari kita kaji...
(Kajian tak seberapa ini dibuat dari tahun 2008 hingga kini, iaitu sejak kerajaan Selangor diterajui Pakatan Rakyat.)

Episod baru di majlis penyampaian BR1M di Kelantan



Lain lubuk lain ikan, lain menteri lain ragam! Pagi itu tanggal 24 Februari 2013, langit Pengkalan Chepa redup, cuaca kurang panas, tapi khalayak yang memenuhi dewan Sekolah Menengah Beris Pancur dari jam delapan pagi sehingga lewat sore keluh kesah seperti orang kepanasan. Sebahagiannya bertindak bangun duduk, keluar masuk, mundar mandir seperti orang keresahan kerana menunggu keretapi yang tak kunjung tiba. Kalau tidak kerana sesuatu yang amat berharga bakal diterima pagi itu, pasti tiada siapa sanggup menunuggu sehingga lebih lima jam hari bekerja.