SHAH ALAM 14 MAC : Polis serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) digesa
mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana
melemparkan fitnah yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) berusaha
menggagalkan PRU-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda.Ketua Penerangan PAS, Riduan Mohd Nor berkata, tuduhan Timbalan Perdana Menteri itu terlalu berat serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.