“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Thursday, May 23, 2013

Sistem pilihan raya Malaysia dicipta untuk kekalkan kuasa BN, kata ahli akademik

Oleh Mohd Farhan Darwis
May 23, 2013
 
Pakar akademik dan analis mengambil bahagian pada forum “Implikasi daripada keputusan PRU13 dan prospek pembaharuan pilihan raya”. — Gambar oleh Saw Siow FengPETALING JAYA, 23 Mei — Barisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “first past the post” terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan, kata ahli akadamik Amer Saifude malam tadi.

Timbalan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013.

Two-thirds of Pakatan GE13 wins in multi-racial seats, research shows

By Zurairi AR
May 22, 2013
The Malaysian Insider
 
Online research house PoliTweet.org said BN gained most of its votes from rural federal seats while PR increased its support from urban and semi-urban areas in GE13.
KUALA LUMPUR, May 22 – Pakatan Rakyat (PR) won in 59 mixed-race federal seats, almost double its 30 wins in Chinese-majority seats in Malaysia’s Election 2013, according to a new research, debunking Barisan Nasional’s (BN) claim of a “Chinese Tsunami” that cost it more losses.

Independent online research house PoliTweet.org also said the ruling BN gained most of its votes from rural federal seats while PR increased its support from urban and semi-urban areas in the South-east Asian nation chasing developed nation status by 2020.

Kes Sosilawati: 4 tertuduh dihukum mati


KUALA LUMPUR, 23 Mei: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya tiga tahun lalu.

(Gambar: Mursyidul Am PAS TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disambut bekas suami Sosilawati, Bukhairi Mohamed (kiri) ketika menziarahi keluarga Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak tiga tahun lalu)

Gaji naik 3 kali ganda tidak wajar - PAS Sarawak


MIRI, 22 Mei: PAS Sarawak mempertikaikan kenaikan gaji mendadak pemimpin kerajaan negeri Sarawak sebagaimana yang diluluskan oleh Dewan Undangan Sarawak kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam kenyataannya berkata, kenaikan itu tidak wajar kerana kehidupan rakyat sarawak sangat dhaif dan di bawah taraf kemiskinan sedangkan pendapatan mereka sangat tinggi.

36 keluarga tunggu masa rumah diroboh

Laporan khas Anis Nazri, 22 Mei 2013


(Papan tanda Kampung Serai Wangi yang terletak dekat dengan Puncak Alam)

PUNCAK ALAM: 36 keluarga yang mendiami Kampung Serai Wangi dan Desa Pengasih dekat sini bakal kehilangan tempat berteduh apabila mereka diarahkan untuk mengosongkan tanah yang diterokai sejak 20 tahun lalu.

Perintah pengosongan tanah itu akan berakhir tujuh hari sahaja lagi, iaitu pada 28 Mei ini - yang dianggap satu tarikh yang begitu menyedihkan dan mengecewakan bagi mereka.

Jelaskan: Betul ke kadar Pos (ke luar negara) naik 8 kali ganda?


KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kerajaan diminta memberikan penjelasan apakah benar pihaknya memberikan kebenaran kepada Pos Malaysia untuk menaikkan kadar perkhidmatannya sehingga lapan kali ganda.

Ini berikutan perbincangan hangat di laman sosial Facebook yang memaklumkan kononnya perkhidmatan pos kini meningkat lapan kali ganda.

Menurut satu penyataan yang dibuat dalam facebok itu, dulu kos pos beliau untuk urusan antarabangsa hanya RM10 sahaja tetapi sekarang sudah meningkat ke RM70.

GST: Pengalaman Singapura

Dr. Rosli Yaakop, 23 Mac 2012   

Di Singapura, cukai barangan dan perkhidmatan atau goods and services tax (GST) merupakan cukai nilai ditambah (value-added tax) berasas meluas (broad-based) dikenakan ke atas barangan import dan semua barangan dan perkhidmatan kecuali, pertama, jualan dan sewaan hartanah perumahan (tempat kediaman) dan kedua, perkhidmatan pembiayaan (financial services). Walau bagaimana pun, barangan yang dieksport dan perkhidmatan antarabangsa kadar cukainya sifar.


Ia adalah cukai berkadar rata (flat rate) berbanding cukai pendapatan yang kadarnya semakin tinggi bila pendaptan semakin tinggi.
Kerana ia cukai ke atas penggunaan, maka dikatakan ia menggalakkan tabungan.

GST - Golongan miskin juga akan membayar cukai sama seperti golongan kaya

Dr Rosli Yaakop, 22 Mei 2013

Kumpulan Kewangan Antarabangsa (IMF) mahu semua negara di dunia melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP - Goods and Services Tax) dengan alasan supaya sistem pencukaian menjadi seragam di seluruh dunia “to create a more level playing field amongst trading nations.” IMF mendakwa bahawa sistem cukai langsung yang masih diamalkan oleh banyak negara sedang membangun telah digunakan untuk “menyorokkan” dasar perlindungan perdagangan yang mereka amalkan. Ia memberi contoh cukai yang tinggi dikenakan oleh sesetengah negara sedang membangun ke atas otomobil import telah menghalang pertandingan sihat di dalam industri otomobil dunia dan memaksa penduduk sesebuah negara sedang membangun menggunakan kereta keluaran dalam negara sendiri yang bermutu rendah berbanding kereta import dari negara maju. IMF berpendirian bahawa CBP pro-perdagangan bebas dan setiap negara – miskin atau kaya - hendaklah melaksanakannya. Penulis menghidu maksud tersirat dari dasar ini tidak lain ialah untuk mengekalkan penguasaan blok Barat ke atas ekonomi dunia.

IMF sudah menggesa Malaysia supaya segera melaksanakan CBP dan kerajaan sudah bersedia untuk tunduk kepada gesaan itu seawal tahun 2005 lagi.

Wednesday, May 22, 2013

GST: Kerajaan Najib tamatkan tempoh berpantang mereka


KUALA LUMPUR: Nampaknya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menamatkan tempoh berpantang mereka dengan cara menggasak rakyat dengan cukai GST yang bakal diperkenalkan,  kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Bagi beliau, kerajaan BN yang baru dibentuk  Najib ini tidak sabar-sabar untuk membalas dendam mereka kepada rakyat yang banyak menolak mereka.

"Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan ‘Tsunami Cina’ dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk ‘mendera’ rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru," tulis beliau.

SPR berselindung di sebalik undang-undang - Asmuni

KUALA LUMPUR, 21 Mei: PAS sedang mengumpul bukti secara terperinci berhubung dakwaan terdapatnya penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada Pilihan Raya Umum (PRU13),  Mei lalu.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, bukti itu perlu bagi mengemukakan petisyen untuk kerusi Parlimen dan Dun yang dikesan wujudnya penipuan.

"Kebanyakan kes menunjukkan mahkamah tidak bersedia untuk mengubah peraturan yang ada," katanya kepada Harakah.

Pindaan terhadap Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002), ujarnya, menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-­mana pihak.

MACC panel wants ministers, MBs, banned from government projects

BY CLARA CHOOI
ASSISTANT NEWS EDITOR
May 21, 2013
 
KUALA LUMPUR, May 21 – The MACC’s Consultation and Corruption Prevention Panel (CCPP) proposed today that all government administrators and their family members at both federal and state levels be barred from bidding for government projects.

The panel also suggested a mandatory declaration of assets by all MPs and state assemblymen at least once in every three years to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and a one-year “cooling-off” period before retired civil servants are allowed to hold posts in professional practices or the corporate sector.

Wakil Pakatan akan gunakan kekuatan parlimen untuk sekat persempadanan semula tidak adil

OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
May 22, 2013
 
Rafizi Ramli: PR akan berjuang habis-habisan bagi memastikan pengundi lebih adil. — Gambar fail KUALA LUMPUR, 22 Mei — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) berikrar akan menggunakan peningkatan kerusi Parlimen mereka untuk memastikan kawasan pilihan raya dilakar semula secara adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula akhir tahun ini.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi dan undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan hanya 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi dan memerlukan undi dari ahli Parlimen pembangkang untuk mengesahkan aktiviti itu.

Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji

KUCHING, 21 Mei — Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Tuesday, May 21, 2013

Najib’s 100-day programme to woo national, party critics

By Jahabar Sadiq
Editor
May 20, 2013
Najib is expected to get to work quickly to improve the public delivery system, cut crime and corruption, enhance transparency and strengthen inter-ethnic harmony. — Reuters picKUALA LUMPUR, May 20 — Datuk Seri Najib Razak is expected to roll out a 100-day programme within days to win over doubters and persuade Umno that he is the best to lead the party and the country, say sources.

The Malaysian Insider understands that borrowing some ideas from the Abdullah administration, the Najib government will also work to improve the public delivery system, cut crime and corruption, enhance transparency and strengthen inter-ethnic harmony.

Antara mencintai tanah air dan mencintai penguasanya

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 17 Mei 2013    

Hadis ‘Cintakan tanahair itu daripada Iman’ tidak sahih. Bahkan ia hadis maudu’ (palsu). Ini dinyatakan oleh al-Saghani (meninggal 650H/1252M) dalam karyanya al-Maudu‘aat. Hal ini dipersetujui oleh para huffaz (para ilmuwan ulung hadis) seperti yang disebut oleh ‘Ali al-Qari dalam bukunya al-Masnu’ fi Ma’rifat al-Hadith al-Maudu’. Walaupun hadis ini palsu (fabricated) dari sudut kesabitannya (authenticity) daripada Nabi Muhammad SAW, namun ada tokoh seperti Muhammad Tahir al-Fatani (meninggal 986H/1578M) dari India dalam karyanya Tazkirah al-Maudu‘aat menyatakan dari sudut maksud ataupun isi kandungannya benar. Dalam kata lain menurut pendapat beliau, hadis ini memang tidak sabit daripada Nabi SAW, tetapi kandungan maksud yang terdapat dalam teks itu benar. Ertinya, cinta tanah air itu termasuk dalam iman.

Pun begitu, sarjana hadis lain seperti Muhammad Nasir al-Din al-Albani memberikan komentar yang berbeza. Dalam karyanya Silsilah al-Da’ifah wa al-Maudu’ah beliau menyebut:

“Makna hadis ini tidak betul. Ini kerana cintakan tanah air sama seperti cintakan nyawa, harta dan seumpamanya. Semua itu sudah wujud dalam jiwa insan. Tidak dipuji kerana mencintainya, tidak juga ia termasuk dalam kelaziman iman. Tidakkah engkau lihat semua manusia berkongsi cinta tersebut? Tiada beza antara yang mukmin dan yang kafir” (1/110. Riyadh: Maktab al-Ma’arif).

Pelan GST BN tekan rakyat bawahan


PETALING JAYA, 20 Mei: Penurunan cukai korporat dan cukai pendapatan sebagai 'off-set' kepada perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya membantu orang kaya namun pada masa sama memberi tekanan kepada rakyat bawahan.

Ini kerana hanya sekitar 10 peratus daripada rakyat negara ini yang membayar cukai tersebut sedangkan rakyat yang berpendapatan rendah akan menerima kesan paling teruk kerana mereka terpaksa membayar GST sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi.

India BN paling bertuah

Subky Latif, 21 Mei 2013

KUMPULAN yang paling bertuah dengan barisan kabinet transformasi  Datuk Seri Najib  yang terbaru ialah peranakan India bukan Melayu dalam BN.

Saya  tidak pasti adakah Melayu peranakan India dalam kabinet itu. Saya tidak tahu tentang Khairy Jamaluddin yang jadi Menteri Belia dan Sukan.

Dibandingkan dengan lain-lain kumpulan, jika pemilihan menteri dan timbalan menteri itu dibuat bagi mewakili kaum dan menjaga kepentingan kaum masing-masing, maka kumpulan itu dililhat ke depan dari segi nisbah kaumnya.

Sokongan masyarakat India yang menyokong BN dikatakan telah pulih dibandingkan dengan PU 2008 dulu, maka perhatian Najib kepada wakil kaum India mestilah istimewa.

Mahkamah pilihan raya lawan Mahkamah rakyat

Mohamed Hanipa Maidin, 20 Mei 2013     
 
 
PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

"Selepas diwartakan dalam tempoh 21 hari, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah," kata Aziz.

Pemuda buktikan memang boleh mengundi dua kali

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Biarpun sebelum ini Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) bermati-matian menyangkal dakwaan boleh mengundi lebih sekali ekoran penggunaan dakwat kekal, seorang pemuda di Kuantan semalam endedahkan bahawa beliau boleh mengundi dua kali.

Mohd Fadhli Khaharruddin, seperti dilapor Sinar Harian Online, mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.

“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya dipetik akhbar bahasa Melayu versi online itu.

Isu Exco Selangor: DAP dan PAS bergaduh?

Khalid Samad, 20 Mei 2013
Maka riuhlah media arus perdana milik BN yang ingin sangat memberikan gambaran bahawa DAP dan PAS sedang bergaduh bagi merebut kerusi exco di Selangor. Dikatakan DAP inginkan empat kerusi exco dan begitu juga PAS! Hakikat sebenarnya, tiada siapa yang sedang berebut apatah lagi sedang bergaduh. Begitu juga isunya tempoh hari berhubung jawatan MB. Cuma ‘rebut’ rekaan mereka sahaja.

Masalah sebenar

Sebenarnya masalahnya terletak pada jumlah kerusi exco yang ada hanya 10. Sedangkan parti-parti dalam PR ada 3. Jumlah kerusi yang dimiliki setiap parti pula lebih kurang sama, berbeza dengan tahun 2008. Pada tahun 2008, apabila PAS hanya memengangi 8 kerusi, DAP 13 dan PKR 15 (pada asal), maka agihan kerusi exco lebih mudah. Jelas siapa patut mendapat lebih dan siapa kurang. Maka dipersetujui pada 2008 PKR mendapat jawatan MB dan 4 exco dan DAP pula 3 exco dan jawatan Speaker. PAS yang mendapat 8 kerusi DUN diberikan 3 kerusi exco, iaitu jumlah yang sebenarnya melebihi nisbah kerusi yang ada pada PAS pada ketika itu. Maka isu agihan diselesaikan tanpa perbincangan panjang.