“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Wednesday, December 5, 2012

Buffet + Derma + Tazkirah

PAS Cawangan Sungai Tangkas dan PAS Kawasan Serdang akan berganding bahu dalam menganjurkan majlis "'Buffet' bersama Pimpinan & Tazkirah Khas" pada 11 Disember 2012 pada jam 11 am di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS, Bangi.




Untuk menyerikan lagi majlis ini, Ustaz Dato' Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat, akan menyampaikan amanat pemimpin.  Manakala tazkirah akan disampaikan oleh Ustaz Mohamed Zin Abdul Rahman, Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, yang bertajuk "Sirah Seorang Pejuang"

Kupon untuk dijual

Kupon boleh dibeli dengan harga RM30.00 sekeping.  Sila hubungi saudara Zainol Alam, Pengarah Program di 019 678 8191 atau Haji Zakaria, Bendahari Program di 012 273 6182.

Marilah bersama-sama menyumbang untuk perjuangan Islam sambil mengeratkan lagi silaturrahim sesama insan.. InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment