“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Tuesday, December 11, 2012

Peruntukan RM2 Juta Bagi Pembaikan Jalan Di DUN Bangi: Perlukan Maklumat

Dun Bangi, 26 Muharram 1434 (10.12.2012)
Hari ini Adun Bangi menerima maklumat dari Kerajaan Negeri Selangor bahawa untuk DUN Bangi (juga Dun-Dun lain) diperuntukkan sebanyak RM2 juta dari Peruntukkan Marris untuk pembaikan jalan juga perparitan jalan bagi tahun 2013 untuk Dun Bangi.

Adun dikehendaki mengemukakan cadangan jalan-jalan yang perlukan pembaikan. Cadangan dikehendaki dikemukakan tidak lewat dari 21 Disember 2012 ini.

Untuk mendapat maklumat dan cadangan jalan-jalan yang wajar dibaiki, Adun akan menggunakan mekanisme biasa, iaitu melalui Ahli-Ahli MPKj dan Ketua-Ketua Kampong yang dilantik di bawah DUN Bangi. Selain daripada itu Adun sendiri dan pembantu-pembantu akan meninjau jalan-jalan di DUN Bangi.

Namun kemungkinan ada jalan-jalan yang wajar dibaiki, tetapi terlepas pandang atau di luar dari maklumat Adun, sebab itu Adun berharap orang ramai, terutama mereka yang tinggal di Dun Bangi dapat mengemukakan maklumat dan cadangan kepada Adun jalan-jalan yang wajar dibaiki.

Pertimbangan akan dibuat secara saksama untuk diangkat kepada MPKj sebagai cadangan untuk dibaiki.

Tarikh cadangan hendaklah tiba ke Pejabat Adun tidak lewat dari 20 Disember 2012. Boleh hubungi Pejabat Adun melalui e-mail, surat dan telefon sebagaimana di dalam blog ini (klik sini).

Source:  http://drshafie.blogspot.com/2012/12/peruntukan-rm2-juta-bagi-pembaikan.html

No comments:

Post a Comment