“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Tuesday, February 26, 2013

Tiada masalah siapa PM jika Pakatan menang - Anwar



PETALING JAYA, 26 Feb: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang masalah dalam isu pemilihan siapa bakal menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU13.

"Saya tidak nampak sebarang masalah untuk dibangkitkan isu ini," kata Anwar ketika ditanya oleh media hari ini.

Sebaliknya kata Anwar, Pakatan akan memberikan fokus kepada agenda bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui dalam konvensyennya yang ke-4 semalam.

Ketika terus ditanya oleh media kenapa Pakatan tidak mengumumkan nama bakal PM, Anwar berkata, "Adakah BN mengumumkan nama bakal PM  ketika membentangkan manifestonya.

"Semasa PRU 2008, adakah Tan Sri Khalid diumumkan sebagai bakal MB Selangor?" soal Anwar.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/17032-tiada-masalah-siapa-bakal-pm-jika-pakatan-menang

No comments:

Post a Comment