SHAH ALAM 20 FEB : Kerajaan Negeri telah menawarkan RM 9.65 bilion
kepada empat syarikat yang mengurus industri air Selangor, Kuala Lumpur
dan Putrajaya bagi mengambilalih operasi mereka.
Tawaran itu akan memberi pulangan 12 peratus setahun terhadap ekuiti
kepada syarikat-syarikat tersebut dan merupakan usaha terkini Kerajaan
Negeri untuk menstruktur semula industri air supaya menjadi lebih cekap.