“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Thursday, March 7, 2013

Yayasan Selangor Cemerlang Di bawah Pakatan Rakyat

Debat Yayasan Selangor Halimah ali 2
SHAH ALAM 6 MAC : Perkhidmatan Yayasan Selangor (YS) lebih cemerlang dan semakin diyakini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) sepanjang 2008 hingga 2012 .

Keadaan ini berbanding dengan tahun sebelumnya ketika diperintah Umno-BN, kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Jelas Dr Halimah, dalam tempoh itu, YS menaja 3.5 kali ganda pelajar peringkat menengah berbanding pada 2007 yang hanya berjumlah 1,385 orang.
Katanya, bilangan pelajar dalam Program Rancangan Khas Pendidikan YS – RKPYS itu mula meningkat kepada 1,409 orang pada 2008, 1,554 orang pada 2009 dan melonjak kepada 3,288 orang pada 2012 dan akan ditingkatkan lagi kepada 5,000 orang pelajar pada 2013.

Jangan Sampai Lupa...

oleh Majdan Dagang, 06 Mac 2013 









Isu Lahad Datu masih berlangsung. Kita tidak tahu bilakah penghujungnya. Mungkin esok, lusa atau seminggu, malah mungkin lebih daripada itu. Tidak dapat tidak semua orang akan bercakap, berbahas dan bergosip tentangnya. Semua media tertumpu ke arahnya dan berusaha melaporkan sebaik mungkin. Sama-sama kita berdoa agar segala selesai dan takziah kepada anggota keselamatan yang terkorban. Namun, jangan sampai kita lupa tentang matlamat untuk menumbangkan Umno-BN. Juga jangan lupa tentang...

Tuesday, March 5, 2013

(Q & A) Pakatan Rakyat: Cadangan Menyelesaikan Insiden Lahad Datu

Saudara Tun Razak kecewa 50 tahun tanah belum lulus



Pelan RTB Batu 18 yang menunjukkan sudah ada nombor lot.

PEKAN, 5 Mac: Bayangkan, selepas 50 tahun meneroka dan mengusahakan tanah yang dijanjikan, sehingga kini 60 peneroka asal yang lebih separuh daripadanya sudah meninggal dunia itu masih gagal mendapatkan status tanah milik mereka.

Mereka ialah sanak saudara Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dari Kampung Pahang Tua, Lamir, dan Langgar yang digalakkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua itu mengusahakan sebidang tanah di Batu 18 Jalan Kuantan-Pekan.


SPR Gagal Kikis Tanggapan Berat Sebelah, Tidak Adil Di Mata Rakyat

KUALA LUMPUR, 4 MAC: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mengikis tanggapan umum bahawa ia bebas dari pengaruh mana-mana parti politik dan tidak berat sebelah.

Ini disebabkan beberapa kenyataan SPR sebelum ini yang membuktikan bahawa badan itu tidak bersikap adil kepada semua parti politik dan menguntungkan Umno-BN.

Menurut Pengerusi Bersama NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan, semua parti politik haruslah diberikan layanan sama rata.

Ada Kawasan di Selangor Pengundi Lebih Ramai Dari Penduduk

mb persidangan PRU 13 01jpgKUALA LUMPUR, 4 MAC: Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada kawasan DUN di mana jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk sekaligus menguatkan dakwaan terdapat keraguan di dalam daftar pemilih yang akan digunakan di dalam pilihanraya akan datang.

Semakan Kerajaan Negeri di Bestari Jaya Utara contohnya, mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang.

Monday, March 4, 2013

Pemerintah Yang Adil


Jangan fikir jawatan PM, TPM - TG Abdul Hadi


SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa buat masa ini tidak perlu timbul sebarang isu mengenai jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU akan datang.

“Yang penting sekarang ini ialah memberitahu rakyat mengenai pemerintahan yang adil jika Pakatan berkuasa,” kata beliau ketika berucap di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya PAS Negeri Selangor 2013 di sini semalam.

Berapa nilai harga diri kita?


Misuari dakwa 'mereka ke Sabah selepas janji Najib'


MANILA, 4 Mac: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Sunday, March 3, 2013

Pelajar PTRS 2013 Azam Untuk Cemerlang Dalam SPM

PTRS Halimah Ali 01
SHAH ALAM 2 MAC: Peluang tuisyen percuma yang disediakan Kerajaan Negeri tidak akan disia-siakan bahkan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk berjaya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Itulah azam pelajar seperti Syahmi Anis Shamsuddin, 17, yang terpilih pada tahun ini untuk menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bersama 2,270 pelajar yang lain di seluruh Selangor.

Proses keluar geran tanah dihalang?


KUALA SELANGOR, 3 Mac:Kerajaan negeri Selangor kini berada di peringkat akhir memproses pemberian geran tanah kepada lebih 100 penduduk asal Kampung Seri Aman dekat sini.

Namun, ia cuba dihalang oleh pihak-pihak tertentu di negeri ini dengan memfailkan semakan kehakiman untuk membatalkan proses dan keputusan cabutan undi untuk permohonan berkenaan.

Menurut anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar atas), pihaknya sudah berada di peringkat akhir untuk mengeluarkan borang 5A bagi membolehkan pengeluaran geran kepada mereka yang layak.

Saturday, March 2, 2013

UPDATE: JUMLAH SUMBANGAN SETAKAT 2 MAC 2013

Alhamdulillah, kutipan dari 22 Feb hingga 2 Mac 2013 ialah sebanyak RM1,370.00.  Jumlah sumbangan wang kepada PAS Cawangan Sungai Tangkas (PASCST) setakat ini berjumlah RM4,570.00.  Jazakallah.

Semoga sumbangan dan bantuan orang ramai bagi menggerakkan jentera PAS dalam menghadapi PRU13 ini berterusan.  Jangkaan perbelanjaan yang

90% Manifesto PR Selangor 2008 Ditunai

manifesto-2008

Friday, March 1, 2013

Khas Buat Mereka yg Bersama PAS...



Takbir!!!

Pencerobohan di Lahad Datu dilaporkan tamat



Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah telah tamat.

ABS-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut.

LAHAD DATU: Apa Sebenarnya Berlaku Atau Ia Perancangan Pihak Tertentu?


Polis sahkan 2 komando, 12 penceroboh terbunuh Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam pertembungan antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari ini.

Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita bahawa bilangan yang cedera di kalangan kumpulan Sulu tidak diketahui, lapor Star Online.

Syarikat Konsesi Beri Respon Positif Terhadap Tawaran Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 28 FEB : Empat syarikat konsesi yang mengurus industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mula memberi respon positif terhadap tawaran RM9.65 bilion oleh Kerajaan Negeri bagi mengambil alih operasi mereka, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, keempat-empat syarikat konsesi itu telah memberi surat maklumbalas kepada Kerajaan Negeri dan ia disifatkan sebagai satu petanda baik terhadap urusan pengambilalihan industri air di Selangor.

Bagaimanapun katanya, pengumuman rasmi berhubung perkara itu hanya akan dimaklumkan lebih lanjut mulai esok.

Penerima BR1M diarah bersumpah undi BN

BACHOK, 28 Feb: Bukan lagi omongan kosong Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan umpan menarik sokongan rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Lebih dahsyat lagi apabila surat akuan bersumpah turut dikempilkan bersama baucer BR1M yang diberi kepada setiap penerima.

Akuan bertulis itu berbunyi “Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan bekerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Umno, bukan untuk berpecah sesama Islam”.