Friday, May 10, 2013
MB bentang cadangan potfolio exco Kelantan
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (gambar) hari ini membentangkan senarai potfolio kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah dilantik.Pembentangan itu dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan.
Perkara ini dimasukkan beliau di dalam facebooknya hari ini.
Exco baru P Pinang akan perkasa rakyat
PULAU PINANG, 9 Mei:
Barisan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang 2.0 berjanji akan
memperkasakan rakyat tanpa kira kaum, agama dan latar belakang politik.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, barisan exco juga akan memperkasakan rakyat dengan pengetahuan dan pendidikan, memperkuasakan rakyat dengan hak dan tanggungjawab.
"Saya percaya bahawa pasukan baru ini akan mencerminkan hasrat murni PR untuk bersuara untuk semua, bertindak adil kepada semua dan membantu semua," kata beliau.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, barisan exco juga akan memperkasakan rakyat dengan pengetahuan dan pendidikan, memperkuasakan rakyat dengan hak dan tanggungjawab.
"Saya percaya bahawa pasukan baru ini akan mencerminkan hasrat murni PR untuk bersuara untuk semua, bertindak adil kepada semua dan membantu semua," kata beliau.
Thursday, May 9, 2013
Isu laporan Utusan: Dua individu disiasat
|
"Kami sedang kendalikan kes ini di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948. Setakat ini proses siasatan sedang berjalan dan kami akan berusaha menyiapkan kertas siasatan berkenaan dalam tempoh seminggu.
"Kemudian kami rujuk kertas siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
PAS pastikan Selangor jadi kubu kuat Pakatan
| Muhammad Faizal, | 08 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:
PAS Selangor mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi di negeri
itu kerana berjaya mengekalkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri.Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman ketika dihubungi memberitahu peningkatan kerusi PAS di Selangor turut membuktikan parti itu telah mendapat kepercayaan rakyat Selangor.
Pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), PAS memperolehi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) berbanding hanya 8 kerusi sahaja pada 2008.
DAP sokong Khalid kekal Menteri Besar Selangor
8 May 2013
KUALA
LUMPUR, 8 MEI: DAP menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai
Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua walaupun DAP dan PAS
masing-masing memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta PKR
dengan kerusi untuk membolehkan Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah
Selangor.Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Tan Sri Khalid Ibrahim patut diiktiraf kerana integriti dan perkhidmatannya yang cemerlang di Selangor.
“Ini telah membolehkan PR bangkit melawan usaha kuat BN yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berusaha untuk merampas kembali Selangor.
PAS: Pegundi Cina pilih ramai calon Melayu
| Mei 8 2013 |
PAS menyatakan penghargaannya kepada pengundi Cina yang sanggup mengenepikan sentimen perkauman dan memilih calon Melayu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Ketua penerangan PAS Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata trend yang dilihat di berpuluh kawasan kerusi
parlimen dan DUN itu menunjukkan bahawa dakwaan Umno bahawa pengundi
Cina menolak calon Melayu adalah satu fitnah.
Oleh yang demikian, beliau melihat bahawa usaha untuk menimbulkan pengundi Cina menolak calon Melayu sebagai usaha untuk membangkitkan kebencian antara kaum.
Oleh yang demikian, beliau melihat bahawa usaha untuk menimbulkan pengundi Cina menolak calon Melayu sebagai usaha untuk membangkitkan kebencian antara kaum.
Melayu DAP menang tiga kerusi, tambah undi dan pecahkan tembok perkauman
KUALA
LUMPUR, 6 MEI: Momokan perkauman sempit dan jahat UMNO-Barisan Nasional
(BN) terhadap DAP ternyata bohong apabila tiga calon Melayu DAP
memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab dan Parlimen Raub,
Pahang dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13,
semalam.Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memenangi DUN Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi.
Ustaz Hadi sebak di depan lebih 20,000 penyokong

(Orang ramai penuh sesak dari jalan raya hinggalah ke pentas yang terletak di Dewan Terbuka Tok Guru nun di dalam sana)
MARANG: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.
"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."
Wednesday, May 8, 2013
Polis Tangkap Rakyat Sendiri, Tapi Biar Warga Asing Berleluasa?

KLANG 7 MEI : Polis tidak seharusnya menahan lima orang penduduk di Klang berhubung insiden penahanan dua bas dipercayai membawa warga asing di Pandamaran, Klang ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.
Ajen pilihan raya bagi Ahli Parlimen Klang, Sarajun Hoda Abdul Hassan berkata, kelima-lima individu berkenaan bukan penjenayah dan menimbulkan kekacauan tetapi membantu menahan warga asing yang dipercayai dihantar secara beramai-ramai untuk mengundi di Klang.
Kadar pertambahan pengundi yang meragukan
| Mohd Zuhdi Marsuki, | 07 Mei 2013 |
1.
Semalam saya ada mengemukakan analisis awal tentang "Fenomena
Terengganu 2004", iaitu berkaitan dengan pertambahan pengundi baru yang
begitu mendadak. Hampir semua negeri pertambahan pengundi baru melebihi
16%, malah Selangor mencapai 30.2%. Terengganu sejak 1999 mengekalkan 3
pengggal berturut pertambahan pengundi yang menakjubkan iaitu 17.3% pada
1999-2004, 14.1% pada 2004-2008 dan 22.1% pada 2008-2013. Lebih
menakjubkan Sabah pada tempoh 2004-2008 pertambahan pengundi baru 83.7%?
Bukankah ini petanda wujudnya pengundi hantu sebagaimana yang
didedahkan oleh RCI baru-baru ini.2. Menurut laporan Bank Dunia pertumbuhan penduduk Malaysia ialah 1.6% setahun, iaitu mengambil kira kadar kelahiran dan kadar kematian. Kadar pertumbuhan penduduk Malaysia ini sepatutnya mencerminkan kadar pertambahan pengundi baru. Kalau satu penggal parlimen iaitu lima tahun atau kurang, kadar pertambahan pengundi sepatutnya sekitar 8% (1.6 x 5 = 8%), itupun kalau 100% yang layak mengundi mendaftar sebagai pemilih. Persoalannya, daripada mana datangnya jumlah pertambahan 30.2% di Selangor, 19.6% di Kedah, 19.6% di Perak dan lain-lain. Kalau kadar di Selangor ini mengambil kira kadar migrasi, sepatutnya ada negeri lain yang kadar negatif atau sangat kurang sebab pengundi berpindah ke Selangor, sebaliknya seluruh negara bertambah dengan mendadak.
Mathematically, it's not a Chinese tsunami
![]() |
|
Even though Pakatan Rakyat won 51 percent of the popular votes, it has only 89 seats against 133 seats of BN.
This is of course because of the gerrymandering that gives rural seats much more say in determining which party would prevail in a general election.
Tuesday, May 7, 2013
Pasca PRU-13: Bersedia hadapi gerrymandering
| Mohamed Hadi al-Majwi, |
Saudara pengarang,
Rasanya
cukup-cukuplah pendokong Pakatan Rakyat (PR) berdukacita dengan
keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Betul, sebenarnya PR telah
menang undi popular di peringkat parlimen, tetapi kerana kekangan
sempadan kawasan-kawasan parlimen, kawasan-kawasan yang dimenangi oleh
PR dengan majoriti puluhan ribu undi tidak boleh memberi 'subsidi'
kepada kerusi-kerusi yang PR tewas dengan majoriti yang sangat kecil
seperti Cameron Highlands, Pasir Gudang, Bentong dan Kuala Selangor.
Parlimen Kapar yang mempunyai 144 ribu pengundi adalah sama ramai komposisinya dengan empat kawasan parlimen di pedalaman yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN). Itulah hakikatnya yang perlu kita telan.
Rasanya
cukup-cukuplah pendokong Pakatan Rakyat (PR) berdukacita dengan
keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Betul, sebenarnya PR telah
menang undi popular di peringkat parlimen, tetapi kerana kekangan
sempadan kawasan-kawasan parlimen, kawasan-kawasan yang dimenangi oleh
PR dengan majoriti puluhan ribu undi tidak boleh memberi 'subsidi'
kepada kerusi-kerusi yang PR tewas dengan majoriti yang sangat kecil
seperti Cameron Highlands, Pasir Gudang, Bentong dan Kuala Selangor. Parlimen Kapar yang mempunyai 144 ribu pengundi adalah sama ramai komposisinya dengan empat kawasan parlimen di pedalaman yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN). Itulah hakikatnya yang perlu kita telan.
Apabila Pakatan tak sampai ke Putrajaya
| 06 Mei 2013 |

DENGAN keputusan PRU13, telah diketahui Pakatan Rakyat tidak sampai ke Putrajaya. Masing-masing terpaksa balik ke pengkalan sendiri untuk memikirkan lain kali pula ke situ.
Sama ada setuju atau tidak setuju dengan keputusan itu tiada apa yang dapat dibuat, kerana sistem pilihanraya demokrasi memperaturkan keputusan itu diterima baik apa jua yang berlaku.
Monday, May 6, 2013
Hasbunallah wa ni'mal wakiil...
Walau mereka menang dgn perkuda SPR..
Walau mereka mng dgn perkuda Polis..
Walau mereka mng dgn taktik 'blackout'..
Walau mereka mng dgn taktik pengiraan semula undi..
Walau mereka mng dgn pengundi Bangla..
Walau mereka mng dgn pengundi Indon..
Walau mereka mng dgn pengundi Nepal..
Walau mereka mng dgn caturan peti undi..
Walau mereka mng dgn pengaturan tempat pengundi..
Walau mereka mng dgn pengundi hantu..
Walau mereka mng dgn pengaturan undi pos..
Walau mereka menang dgn apa saja taktik kotor sekalipun, sejijik dan
sehina mana pun kemenangan itu, kita kena ingat !! Yg memberi mereka
menang itu Allah.. Yg tidak memberi kita kemenangan itu Allah..
90 peratus Cina sokong PAS di Selangor
SELAYANG, 6 Mei: Lebih 90 peratus pengundi Cina di Selangor telah menyokong Pakatan Rakyat termasuk calon-calon PAS dalam pilihan raya kali ini.Di UPU Taman Daya, tempat penempatan pengundi Cina di Selayang, calon PAS berjaya mendapat 1681 undi berbanding BN hanya mendapat 160 undi sahaja.
Ini bermakna, Cina bukan memberikan undi kepada DAP tetapi memberikan sepenuhnya undi mereka kepada Pakatan Rakyat.
Surat terbuka kepada ISMA Pasca PRU13
| X-ISMA, | 06 Mei 2013 |
Keputusan PRU13 telah rasmi diumumkan. BN berjaya mengekalkan majoriti
mudah di parlimen dengan 133 kerusi. PR pula berjaya menambah bilangan
kerusi di parlimen. DAP mendapat 38 kerusi, PKR 30 dan PAS 21.
Daripada taburan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti dalam parlimen, secara mudahnya boleh disimpulkan bahawa berkurangnya kerusi yang dimenangi oleh golongan Islamis. Yang saya maksudkan dengan Islamis ialah orang yang benar-benar membawa ideologi Islam dalam perjuangan politik mereka. Yang tinggal hanyalah 21 orang ahli perlimen PAS dan mungkin beberapa orang ahli parlimen daripada PKR. Umno walaupun memenangi begitu banyak kerusi, namun kita semua tahu mereka tidak membawa perjuangan Islam sebagaimana yang diharapkan.
Daripada taburan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti dalam parlimen, secara mudahnya boleh disimpulkan bahawa berkurangnya kerusi yang dimenangi oleh golongan Islamis. Yang saya maksudkan dengan Islamis ialah orang yang benar-benar membawa ideologi Islam dalam perjuangan politik mereka. Yang tinggal hanyalah 21 orang ahli perlimen PAS dan mungkin beberapa orang ahli parlimen daripada PKR. Umno walaupun memenangi begitu banyak kerusi, namun kita semua tahu mereka tidak membawa perjuangan Islam sebagaimana yang diharapkan.
Terima keputusan dengan syukur dan sabar
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.Beliau berkata, "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.
"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.
Apa makna keputusan PRU 13

(Carta keputusan pilihan raya 2004 - 2013....peluang besar di PRU -14)
KEPUTUSAN akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)


