“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Monday, May 6, 2013

90 peratus Cina sokong PAS di Selangor


SELAYANG, 6 Mei: Lebih 90 peratus pengundi Cina di Selangor telah menyokong Pakatan Rakyat termasuk calon-calon PAS dalam pilihan raya kali ini.

Di UPU Taman Daya, tempat penempatan pengundi Cina di Selayang, calon PAS berjaya mendapat 1681 undi berbanding BN hanya mendapat 160 undi sahaja.

Ini bermakna, Cina bukan memberikan undi kepada DAP tetapi memberikan sepenuhnya undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

"Saya menang dengan majoriti 7467 kerana sokongan pengundi bandar khasnya orang Cina," kata Zaidy Talib (gambar) calon PAS yang menang di DUN Taman Templer.

Zaidy bersama rakan-rakannya di Selangor mencipta rekod tersendiri bagi PAS di Selangor apabila berjaya dengan cemerlang dalam pilihan raya ini.

15 calon PAS telah menang di peringkat DUN di Selangor, PKR pula menang 14 kerusi manakala DAP menang kesemua 15 kerusi yang ditandinginya.

Kerus-kersui DUN yang dimenangi PAS adalah Dusun Tua, Bangi, Gombak Setia, Hulu Kelang, Tanjung Sepat, Meru, Selat Kelang, Seri Serdang, Taman Templer, Cempaka, Lembah Jaya, Sabak, Sijangkang, Morib dan Paya Jaras.

Di Parlimen pula, PAS menang lima kerusi iaitu Shah Alam, Kota Raja, Hulu Langat, Sepang dan Sungai Besar.

source - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19010-90-peratus-cina-sokong-pas-di-selangor#.UYdIkElRo2U

No comments:

Post a Comment