“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Thursday, May 9, 2013

Isu laporan Utusan: Dua individu disiasat

  •  Mei 8 2013
 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata ia berikutan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Travers semalam oleh beberapa individu.

"Kami sedang kendalikan kes ini di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948. Setakat ini proses siasatan sedang berjalan dan kami akan berusaha menyiapkan kertas siasatan berkenaan dalam tempoh seminggu.

"Kemudian kami rujuk kertas siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Khairi berkata polis juga akan merekod keterangan pihak Utusan Malaysia bagi membantu siasatan kes itu.

Laporan polis itu dibuat berikutan laporan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia semalam yang bertajuk "Apa lagi Cina mahu?".

Sementara itu Polis Kuala Lumpur menerima 476 laporan polis sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan laporan polis mengenai dakwat kekal mencatat jumlah paling tinggi iaitu 121.

Khairi berkata 22 laporan pula dibuat berhubung kad pengenalan yang diguna  oleh orang lain pada hari mengundi, yang akan disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Empat lagi aduan berkaitan nama pengundi tidak ada dalam senarai daftar pemilih. Ini kita rujuk pada Suruhanjaya Pilihan Raya. Sebanyak 12 lagi libatkan bencana terhadap poster dan bendera sepanjang proses berkempen," katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment