“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Thursday, April 18, 2013

Keputusan ROS tak halang DAP tanding PRU13 - SPR

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung jawatankuasa pusat DAP tidak akan menghalang parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

"Tidak affect bolih bertanding," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff melalui SMS kepada Malaysiakini.

ROS hari ini memaklumkan kepada DAP bahawa jabatan itu tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan undi.

Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.

Sementara itu, DAP dijangka akan mengadakan sidang media khas petang ini berhubung keputusan ROS tersebut.

Difahamkan kesemua pemimpin DAP kini berada di ibu pejabat parti itu dan sedang mengadakan perbincangan.
 
link - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18414-keputusan-ros-tak-halang-dap-tanding-pru13-spr

No comments:

Post a Comment