“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Thursday, April 18, 2013

Rata-rata Komen tak Percaya Pada SPR isu DAP-ROS

Berikutan berita yang diterbitkan Malaysiakini bertajuk "EC chief says DAP can still contest despite ROS action", rata-rata komen yang diutarakan tidak mempercayai pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof dan ada juga yang mengaitkan BN sebagai dalang disebaliknya.




Berita Malaysiakini

DAP masih boleh mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan calon tanpa mengira keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menggantung jawatankuasa pusat parti itu.

NONEIni telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

"Tidak affect bolih bertanding," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini
dalam jawapannya melalui SMS.

ROS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.

Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Untuk berita penuh klik sini

No comments:

Post a Comment