KUALA LUMPUR, 16 Mei:
“Ini adalah barisan kabinet untuk (Datuk Seri) Najib menyediakan
pertahanan terhadap serangan (Tun) Dr Mahathir, (Tan Sri) Muhyiddin dan
(Datuk Seri) Anwar.”Demikian kata sumber Umno ketika mengulas barisan kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak petang semalam.
Bagi beliau, barisan kabinet yang diumumkan Najib ini bukannya dipilih untuk menjaga negara mahupun rakyat.
“Ia untuk menjaga kedudukannya sebagai Presiden Umno. Pertahanan rapi diletak terutamanya perlantikan Khairy (Jamaluddin) dan Abdul Rahman Dahlan sebagai anggota kabinet yang berani mengkritik (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir apabila perlu,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.
Barisan kabinet ini juga kata beliau, dibuat untuk mengekang kemaraan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mencabar Najib sebagai Presiden Umno.
“Najib tahu dan ingat bagaimana Tun Abdullah diturunkan dari takhta. Masa itu, Muhyiddin yang mulakan serangan dulu. Kini, Najib lebih berhati-hati. Muhyiddin sudah tentu dapat menghidu gerakgeri Najib kerana beliau hanya dikekalkan Menteri Pelajaran,” kata sumber Umno itu lagi.


KUALA LUMPUR, 15 Mei: Dewan
Pemuda PAS Negeri Selangor akan memantau dan menjadi kumpulan pendesak
yang menyuarakan bantahan sekiranya saf kepimpinan kerajaan negeri gagal
memenuhi hasrat dan harapan rakyat.
KUALA LUMPUR, 14 Mei:
Ketika pemimpin Umno bercelaru dengan apa yang berlaku buat pertama
kalinya dalam sejarah Malaysia iaitu kerajaan minoriti, Umno melalui
agen-agennya menghulurkan tangan kononnya demi perpaduan.
KOTA BHARU, 13 Mei:
Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan mengkategori tiga senarai iaitu
senarai persekutuan, negeri dan senarai bersama, namun apa yang berlaku
di Kelantan sejak 1990 berlaku perlanggaran peraturan tersebut.
Kewujudan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) dianggap
banyak pihak melanggar peruntukan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR, 13 Mei: Adun
Chempaka, Iskandar Abdul Samad berkata, mengkhianati tanggungjawab
pemerintah kepada rakyat bukan budaya Pakatan Rakyat, meskipun berbeza
warna kulit, agama mahupun haluan politik.
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Pakatan
Rakyat akhirnya mencapai konsensus bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim
(gambar) akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua
ekoran pencapaian cemerlang Selangor sepanjang tempoh penggal lalu.
SHAH ALAM, 10 Mei:
Selepas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberitahu
beliau telah menandatangani surat menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim
sebagai Menteri Besar Selangor, PAS Selangor pula mengesahkan
penerimaannya.