SHAH ALAM, 28 Feb : Penggunaan air di seluruh Selangor telah menurun sejak Pakatan Rakyat melaksanakan skim 20 metre padu air percuma.
Selain itu, lebih 1.3 juta keluarga setahun telah menjimat RM 1,200 sejak lebih empat tahun skim itu dijalankan.
Manakala bagi segelintir pengguna yang masih tidak mendapat skim air
percuma, mereka telah menjimatkan sebanyak RM 875 dalam lima tahun. Ini
selepas Kerajaan Selangor menyekat kenaikan tarif air oleh Syarikat
Bekalan Air Selangor (Syabas).
Thursday, February 28, 2013
Wednesday, February 27, 2013
Kerajaan Pusat Sabotaj Pengambilalihan Air Selangor

BANTING 27 FEB: Kerajaan Pusat didakwa bersetuju meluluskan pengambilalihan pengurusan air di Selangor tetapi mengkhianatinya apabila Pakatan Rakyat (PR) di berjaya membentuk Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada Mac 2008 lalu.
Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa mendakwa Kerajaan Pusat dalam satu mesyuarat pada Februari 2008 bersetuju memberikan hak pengurusan air di Selangor yang diuruskan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kepada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Populariti PM: Sokongan menurun, kemarahan meningkat
KUALA LUMPUR, 27 Feb: Satu kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre mendapati sokongan terkini rakyat terhadap Perdana Menteri semakin merosot berbanding kajian beberapa bulan sebelum ini.
Pada masa sama, kajian juga mendapati kemarahan rakyat terhadap beliau pula semakin meningkat.
Tuesday, February 26, 2013
Tiada masalah siapa PM jika Pakatan menang - Anwar
PETALING JAYA, 26 Feb:
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak mempunyai
sebarang masalah dalam isu pemilihan siapa bakal menjadi Perdana Menteri
jika Pakatan Rakyat menang PRU13."Saya tidak nampak sebarang masalah untuk dibangkitkan isu ini," kata Anwar ketika ditanya oleh media hari ini.
Sebaliknya kata Anwar, Pakatan akan memberikan fokus kepada agenda bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui dalam konvensyennya yang ke-4 semalam.
Ketika terus ditanya oleh media kenapa Pakatan tidak mengumumkan nama bakal PM, Anwar berkata, "Adakah BN mengumumkan nama bakal PM ketika membentangkan manifestonya.
"Semasa PRU 2008, adakah Tan Sri Khalid diumumkan sebagai bakal MB Selangor?" soal Anwar.
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/17032-tiada-masalah-siapa-bakal-pm-jika-pakatan-menang
‘Tiap kali PRU tawar geran tapi tak pernah dapat’
![]() |
| Abdul Razak di kawasan rumahnya yang tiada bekalan elektrik dan air. |
BENTONG: “Tinggal di kawasan Menteri Besar tidak ada kelebihannya jika kami hanya layak digelar penumpang seperti pendatang tanpa izin,” keluh warga Abdul Razak Ali, 65, dari Kampung Chemomoi dekat sini.
Menurutnya, beliau telah lebih 40 tahun tinggal di situ dengan mengusahakan lima ekar sawit tetapi oleh kerana tidak mendapat geran hak milik beliau dinafikan sebarang bantuan seperti daripada Risda.
“Saya dah mohon geran tanah lot tapak rumah dan kebun sejak daripada zaman mendiang Tan Sri Chan Siang Sun jadi ahli parlimen Bentong lagi.
Monday, February 25, 2013
BR1M vs Air Selangor: Mana Lebih Untung?
IMBUHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR VS KERAJAAN PUSAT
Oleh ShEaf, PASCST
Air Percuma dari Kerajaan Negeri Selangor
Skim air percuma 20 meter padu ditawarkan kepada rakyat Selangor sejak 1 Jun 2008. Pada tahun yang sama, kenaikkan tarif air juga dihalang oleh PR Selangor. Ini kerana mengikut Perjanjian Penswastaan Air 2004, Syabas diberi kuasa untuk menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus pada 2009 dan 25 peratus pada 2012.
BR1M dari Kerajaan Persekutuan
Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M pula diperkenalkan pada tahun 2012. Bantuan tunai sebanyak RM500.00 itu layak diterima oleh setiap isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
So.. mana lebih menguntungkan rakyat Selangor? Mari kita kaji...
(Kajian tak seberapa ini dibuat dari tahun 2008 hingga kini, iaitu sejak kerajaan Selangor diterajui Pakatan Rakyat.)
Episod baru di majlis penyampaian BR1M di Kelantan
Sunday, February 24, 2013
Saturday, February 23, 2013
Muhasabah Buat Penyambung Lidah Syaitan
This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday, 22 February 2013
Penerangan merupakan satu sektor yang amat kritikal bagi sesebuah peperangan. Ia diberi jolokan pelbagai nama, sesuai dengan peranannya yang amat berpengaruh sehingga dikenalpasti dalam dunia moden hari ini sebagai “senjata yang boleh meruntuhkan sesebuah negara”. Apatah lagi medium tersebut sangat mudah diperolehi, facebook, youtube, twitter, what apps di mana segala info yang terkandung di dalamnya boleh dikenali sebagai laporan, berita, propaganda, saraf dan bermacam-macam lagi istilah yang merujuk kepada dunia maklumat tanpa sempadan.Mengapa Ulama Berbeza Pendapat?
21 Feb 2013
Ada yang keliru melihat pelbagai fatwa dan pandangan ulama diberikan dalam satu-satu isu, sama ada isu yang melibatkan cabang aqidah, lebih-lebih lagi dalam isu hukum ibadah, muamalat dan sebagainya. Lebih mendukacitakan terdapat yang begitu 'tidak faham' atau sengaja 'buat-buat tidak faham' sehingga ke peringkat menuduh para ulama mencipta hukum halal dan haram menurut kehendak mereka sendiri, malah menjustifikasikan tuduhan mereka dengan mengatakan para ulama mencabuli hak Allah yang hanya Dia boleh menetapkan hukum.

MB : Tolak Tawaran RM9.65 Juta Bukti Syabas Tidak Percaya Rakyat Selangor
KLANG, 22 FEB: Kerajaan Negeri tidak akan menaikkan tarif air selama
lima tahun selepas pengambilalihan daripada pemegang konsesi air di
negeri ini.
Ini kerana menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bayaran RM9.65 bilion yang akan dibuat kepada pemegang saham Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) itu merupakan dana kerajaan dari hasil cukai yang dikutip dari rakyat.
Pendirian Kerajaan Negeri itu jelas bertentangan dengan pendirian Syabas yang tidak sabar-sabar mahu menaikan tarif air sehingga bertindak menyaman Kerajaan Negeri kerana menyekat kenaikan tarif air seperti mana dalam perjanjian penswastaan air 2004.

UPDATE: JUMLAH SUMBANGAN SETAKAT 23 FEB 2013
Alhamdulillah, kutipan dari 16 Feb hingga 22 Feb 2013 ialah sebanyak RM2,070.00. Jumlah sumbangan wang kepada PAS Cawangan Sungai Tangkas (PASCST) setakat ini berjumlah RM3,200.00. Jazakallah.
Semoga sumbangan dan bantuan orang ramai bagi menggerakkan jentera PAS dalam menghadapi PRU13 ini berterusan. Jangkaan perbelanjaan yang
Semoga sumbangan dan bantuan orang ramai bagi menggerakkan jentera PAS dalam menghadapi PRU13 ini berterusan. Jangkaan perbelanjaan yang
Thursday, February 21, 2013
Makluman: Ketua Urusan Ulama' PAS Kwsn Serdang Kembali ke Rahmatullah
Khamis, 21 Feb 2013 03:43
SERDANG: Dr Abdul Basir Alias, 47, Ketua Urusan Ulama PAS Serdang meninggal dunia di hospital Serdang pagi ini.
Allahyarham dikatakan jatuh di rumahnya dan disahkan meninggal di Hospital Serdang.
Allahyarham yang pernah menjadi pensyarah di sebuah institut perguruan meninggalkan meninggalkan seorang balu serta tujuh anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan.
Jenazah Allahyarham akan disolatkan selepas Solat Asar di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Merab Luar selepas itu.
Kepada yang ingin menyumbangkan kepada keluarga Allahyarham, boleh dimasukkan ke dalam akaun BIMB Norzaidah Mohd Yassin akaun nombor 12029020593341.
Sebelum ini, Harakahdaily pernah menyiarkan cerita tentang Allahyarham yang ditumbuk oleh samseng Umno dalam satu mesyuarat masjid.
Source - Harakahdaily
RM 9.65 bilion Untuk Ambilalih Industri Air
SHAH ALAM 20 FEB : Kerajaan Negeri telah menawarkan RM 9.65 bilion
kepada empat syarikat yang mengurus industri air Selangor, Kuala Lumpur
dan Putrajaya bagi mengambilalih operasi mereka.
Tawaran itu akan memberi pulangan 12 peratus setahun terhadap ekuiti kepada syarikat-syarikat tersebut dan merupakan usaha terkini Kerajaan Negeri untuk menstruktur semula industri air supaya menjadi lebih cekap.

Sultan Selangor Setuju Pembubaran DUN Selangor
SHAH ALAM 20 FEB : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris
Shah tiada halangan dan bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri bagi
pembubaran DUN Selangor untuk diadakan pilihan raya apabila tiba
masanya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan Sultan Selangor menyatakan demikian dalam pertemuan mingguan bersamanya yang diadakan hari ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan Sultan Selangor menyatakan demikian dalam pertemuan mingguan bersamanya yang diadakan hari ini.
TV3 vs Sidang DUN Kelantan
TV3 oh TV3... dah2 la tu...
Wednesday, February 20, 2013
Kenapa Melayu tidak perlu takut DAP
| Mohamed Hanipa Maidin, | 20 Feb 2013 |
Semasa berada di Mansoorah, Mesir dengan Timbalan Presiden PAS, Tuan
Haji Mohamad Sabu berforum dengan para pelajar Malaysia di sana, soalan
berikut ditanya kepada kami: "Apa akan jadi sekiranya DAP dan MCA menang
banyak kerusi dalam pilihan raya umum nanti?".
Saya menjawab soalan tersebut seperti berikut "Jka kita turuti silsilah soalan tersebut percayalah ia berasal usul dari Umno. Itulah kempen Umno di kampung-kampung dan malangnya kini pelajar di menara gading juga terjerat dengan kempen jahat tersebut. Hakikatnya soalan itu sendiri adalah tidak betul. Bagaimanakah DAP dan MCA boleh kedua-duanya menang banyak kerusi dalam keadaan kedua -dua parti tersebut lazimya bertanding antara satu sama lain bagi merebut kerusi yang sama. Adakah masuk akal di kawasan Parlimen Bukit Bintang misalnya yang DAP dan MCA bertanding, jika DAP dan MCA juga akan menang? "

Kewajipan Membentuk Kerajaan Yang Adil
Allah Taala telah berfirman di dalam Surah An-Nisa’ ayat ke-58 :
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik – baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
PRU13: SPRM seolah-olah beri laluan beli undi
KUALA LUMPUR,19 Feb: Biarpun kempen pilihan raya umum belum
bermula, Bersih 2.0 mendapati terdapat parti-parti politik yang mula
melakukan kempen secara terang-terangan.
Perbuatan tersebut, menurut Bersih, merupakan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, tegas koordinatornya, Maria Chin Abdullah, hari ini.
Perbuatan tersebut, menurut Bersih, merupakan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, tegas koordinatornya, Maria Chin Abdullah, hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)