“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Tuesday, May 14, 2013

JPPPK langgar Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan

Mohd Nor Yahya,
KOTA BHARU, 13 Mei: Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan mengkategori tiga senarai iaitu senarai persekutuan, negeri dan senarai bersama, namun apa yang berlaku di Kelantan sejak 1990 berlaku perlanggaran peraturan tersebut. Kewujudan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) dianggap banyak pihak melanggar peruntukan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kewujudan JPPK seolah-olah wujudnya sebuah kerajaan dalam kerajaan.

“Peruntukan pembangunan di Kelantan seharusnya dilaksanakan seperti di negeri-negeri lain yang diterajui kerajaan Barisan Nasional.


“Segala peruntukan dari kerajaan pusat harus disalur mengikut senarai yang ditetapkan. Misalnya peruntukan di bawah senarai persekutuan, maka ia harus disalurkan kepada agensi persekutuan yang sudah ada di sini.

“Begitu juga kalau di bawah senarai negeri hendaklah disalurkan terus kepada kerajaan negeri dan bukan melalui JPPPK seperti diamalkan sekarang,” katanya yang juga anggota Parlimen Kota Bharu,di sini.

Semalam anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyarankan JPPPK dibubar sebagai membuktikan BN Kelantan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Sebelum itu Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan menyebut Umno menerima keputusan PRU13 ditolak majoriti rakyat Kelantan.

Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, penubuhan JPPK bercanggah dengan perlembagaan persekutuan kerana kewujudan agensi itu menimbulkan banyak masalah kepada pembangunan negeri.

Misalnya kata beliau di bawah senarai bersama bagi pembinaan rumah awam kos rendah, di mana kerajaan negeri menyediakan tanah dan peruntukan disediakan kerajaan pusat, namun Kelantan dipinggirkan.

“JPPK bertindak seolah-olah sebagai sebuah kerajaan dengan dikuasai pemimpin politik Umno dan Barisan Nasional. Ini tidak sepatutnya berlaku dan ia amat bercanggah dengan perlembagaan,” katanya.

source - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19229-jpppk-langgar-jadual-9-perlembagaan-persekutuan#.UZHPOElRo2U

No comments:

Post a Comment