2. Calvin sudah lebih 17 tahun berkecimpung dalam industri fesyen dan memiliki jenama sendiri. Terkenal sebagai pereka fesyen artis dalam program seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL.
3. Semoga Calvin Thoo terus tabah menghadapi ujian hidup dan terus bergantung kepada Allah Azza wa Jalla. Kami para pemuda Islam insyaallah akan senantiasa bersedia untuk menjadi saudara seaqidah dan berperanan sebaik mungkin untuk support saudara Calvin Thoo dalam menghadapi cabaran dunia baru beliau.
4. Kehadhiran Calvin Thoo bersama kalimah Toiyyibah atau Syahadah ini insyaallah memberi warna dan wajah baru terutamanya dalam dunia reka fesyen. Mudah-mudahan selepas ini, negara kita akan terus dicorak oleh pelbagai seni fesyen yang patuh syariah melalui sentuhan pakar reka fesyen tersohor ini.
5. Saya juga mengharapkan semua pihak menerima baik sekaligus menunjukkan teladan kelas tertinggi buat saudara baru Calvin Thoo. Ini akan memberikan ketenangan dan kebaikan buat beliau dalam menghadapi hari-hari yang penuh bermakna dalam hidupnya. Sekali lagi saya ucapkan tahniah buat Calvin Thoo kerana memilih untuk hidup bersama Islam, sebuah agama yang diturunkan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia dan Tuhan yang Maha mengurniakan rezeki kepada seluruh makhlukNya.
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
source - http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/19379-mabruk-tahniah-calvin-thoo
Calvin Thoo Peluk Islam Selepas Mimpi Bersyahadah
Tarikh: 20 Mei 2013
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh beberapa web dan portal , pereka
fesyen popular yang cukup sinonim namanya Calvin Thoo telah memeluk
islam setelah mengucap dua kalimah syahadah pada jam 3 petang kelmarin
dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin
dan YB Ust. Solihin Mokhyi.
Dalam sebuah blog menyebut Calvin menyatakan beliau menerima hidayah
untuk memeluk islam selepas beliau mendapat satu mimpi dan dalam mimpi
itu beliau bersyahadah.
Untuk rekod, Calvin sudah berkecimpung dalam dunia industri rekaan dan
fesyen sejak lebih 17 tahun lalu dan dia memiliki butik yang terletak di
tingkat 4, pusat membeli belah Lot 10.
source - http://www.karangkraf.com/calvin-thoo-peluk-islam-selepas-mimpi-bersyahadah-1.161856
No comments:
Post a Comment