KOMEN, 17 Mei — Apabila ditekan dengan hebat, kedua-dua Tun
Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak memberikan reaksi yang
sama.
Satu ketika dahulu, beberapa hari selepas Pilihan Raya 2008, selepas
kehilangan majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) di
Parlimen dan empat negeri ditambah dengan Kelantan, Abdullah tidak
sabar-sabar untuk mencuba dan menangkis panggilan dari dalam Umno untuk
meletakkan jawatan dan menunjukkan kepada rakyat Malaysia beliau
mempunyai keinginan dan kesungguhan untuk melaksanakan reformasi.
Jadi beliau membawa masuk peguam terkenal dan ahli politik Umno Datuk Zaid Ibrahim sebagai menteri de facto undang-undang, bertugas untuk mereformasikan badan kehakiman, setahun selepas diserang kerana skandal pelantikan hakim dikenali ramai sebagai skandal “correct, correct, correct” V K Lingam.
Pelantikan Zaid mensasarkan untuk menunjukkan kepada pengkritik dan golongan bandar Malaysia Abdullah serius tentang reformasi.
Ahli politik popular Johor, sekarang Tan Sri Shahrir Samad, turut dijadikan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kepenggunaan. Dan sekali lagi, oleh kerana terlalu banyak pandangan, penasihat Abdullah berpendapat pelantikan itu akan diterima dengan baik bagi orang-orang yang mendesak untuk lebih banyak menteri berfikiran pembaharuan.
Pada masa sama, Shahrir paling sesuai kerana berasal dari negeri Johor dan akan menjadi pertahanan menghadapi serangan dan kritikan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain itu, pertahanan Abdullah melawan Mahathir adalah Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Untuk memasukkan “lebih ramai teknokrat dan golongan profesional” ke dalam Kabinet, Tan Sri Amirsham Aziz dari Maybank dijadikan senator dan dilantik sebagai Menteri Perancangan Ekonomi.
Eksperimen tersebut tidak meyakinkan panglima perang Umno ataupun orang ramai. Selepas beberapa ketika, semakin jelas Zaid dihalang untuk melakukan reformasi undang-undang dan kehakiman oleh Kabinet yang dipenuhi oleh menteri Umno seperti Tan Sri Syed Hamid Albar, Nazri Aziz dan lain-lain.
kritik keputusan kerajaan untuk menahan tiga orang, termasuk seorang wartawan di bawah ISA. Walaupun sebelum September, sudah jelas Umno tidak mempunyai selera untuk reformasi dan masa untuk Zaid.
Shahrir meninggalkan Kabinet pada 2009 selepas kalah pemilihan parti dan Amirsham disebalik usaha terbaiknya dihalang oleh birokrasi, juga meninggalkan Kabinet tanpa memberikan banyak kesan.
Kabinet selepas 2008 dirangka oleh “budak tingkat empat” dan mereka yang rapat dengan Abdullah dengan dua sasaran; menghalang desakan untuk meletakkan jawatan dan melaksanakan janjinya untuk reformasi kepada rakyat, jadi jika beliau terpaksa meletakkan jawatan, beliau akan meninggalkan legasi di belakang.
Kabinet Najib yang diumumkan pada Rabu adalah hasil daripada war room atau bilik perang BN yang dianggotai Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Datuk Seri Dr Alies Anor Abdul dan Omar Mustapha. Seperti Abdullah, mereka juga percaya Presiden Transparency International Datuk Paul Low akan memberikan legitimasi serta merta dengan golongan kelas menengah dan pengundi bandar yang telah mendesak untuk tadbir urus baik dan lebih kuat untuk memerangi rasuah.
Melainkan Low boleh memastikan terdapat kempen yang berterusan melawan “ikan besar” di dalam kerajaan dan juga terhadap menteri-menteri yang hidup di luar kemampuan mereka, beliau hanya akan menjadi penumpang di dalam Kabinet.
Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Maybank seperti juga Amirsham diharapkan untuk menunjukkan komitmen Perdana Menteri untuk membawa masuk bakat dari luar rangkaian politik, dan boleh memuaskan pasaran kewangan dan pelabur antarabangsa.
Tetapi seperti pendahulunya, Najib hanya boleh membawa masuk satu atau dua sahaja “orang luar” kerana perlu memberikan ganjaran kepada Umno, Sabah dan Sarawak kerana berjaya mengekalkan kuasa BN.
Seperti penasihat Abdullah, golongan yang rapat dengan Najib juga memberitahunya memenangi pemilihan Umno dan menghalang pencabar untuk jawatannya lebih penting dari melakukan reformasi, sebab itu ahli-ahli politik seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Hamzah Zainuddin, Nazri dan Datuk Ahmad Maslan telah diberikan jawatan menteri atau timbalan menteri.
Bagi rakyat Malaysia di luar parti, orang-orang seperti ini tidak seharusnya berada dalam senarai, akan tetapi bagi Najib, mereka boleh menggembling sokongan di bawah dan boleh bertengkar, tidak takut untuk mempertahankan ketua mereka jika terdapat cabaran untuk jawatan presiden Umno.
Pada pandangan Kem Najib, Kabinet boleh diubah pada bila-bila masa sebaik sahaja jawatan dalam Umno selamat. Abdullah juga memikirkan perkara sama dahulu.
Walaupun begitu, Umno memikirkan sebaliknya, Abdullah terpaksa pergi selepas Pilihan Raya 2008, walaupun empat tahun sebelum itu beliau membawa BN memenangi 91 peratus daripada kerusi Parlimen.
Disebalik angka buruk dalam Pilihan Raya 2013, Najib masih kekal dengan cara sama dan mengharapkan keputusan berbeza kali ini. Mungkin beliau boleh melakukannya.
source - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mengharapkan-lebih-baik-dalam-kabinet-baru-dengan-idea-lama/

No comments:
Post a Comment