KUALA LUMPUR, 27 MAC: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum
tarikh pembubaran Parlimen dilihat sebagai situasi pelik dan tidak
pernah terjadi dalam sejarah Malaysia.
Keadaan ini dikhuatiri akan memberikan implikasi kewangan terutama
apabila beberapa keputusan besar dibuat meskipun mandat pemerintahan
telah berakhir.
Thursday, March 28, 2013
Tawaran 10 Minit Rais Yatim Tidak Adil
PETALING JAYA 26 MAC : Pakatan Rakyat mengumumkan pendirian rasmi parti kompenan itu yang sebulat suara menolak tawaran muncul di RTM selama 10 minit untuk menjelaskan manifesto Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tawaran 10 minit yang diberikan oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim dilihat memperolokkan sistem demokrasi dan kebebasan media.
Monday, March 25, 2013
GE13: Malaysians who choose not to vote
25 March 2013
By ANDREW SIA and ALLAN KOAY
star2@thestar.com.my
Even with most of the country gripped by election fever, some people still have various reasons – or perhaps excuses – for not voting.
PROBABLY all of us have friends or relatives who choose not to exercise their right to vote, for what they think are very good reasons.
Voting is often seen as a responsibility, and sometimes lauded as a privilege, for it allows citizens to have a say in the future of their country.
All Malaysian citizens above the age of 21 have the right to vote under Article 119 of the Federal Constitution. Yet well over two million people have neglected or refused to register as voters.
Hasan Ali Suka Publisiti, Jangan Samakan Dirinya Dengan PAS
SHAH ALAM, 24 MAC : Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali tidak boleh menyamakan pemimpin PAS Selangor dengan dirinya yang lebih suka mengadakan perbincangan terbuka di luar mesyuarat untuk meraih publisiti.
Sebaliknya menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor, Iskandar A Samad, pemimpin PAS Selangor kerap membincangkan isu berkaitan kepentingan umat Islam di Selangor secara dalaman di mesyuarat-mesyuarat yang diadakan.
“Kebanyakan isu-isu tersebut dibincang secara dalaman samada di dalam mesyuarat Exco atau di dalam mesyuarat di antara PAS Selangor dan Menteri Besar.
Sunday, March 24, 2013
Al Kisah Bendera-Bendera PAS Sg Tangkas yang di Khianati..
Semakin dekat dengan PRU13, semakin giat sukarelawan-sukarelawan PAS menaikkan bendera.. termasuklah di kawasan kita di Sungai Tangkas. Tetapi setiap kali bendera-bendera ini dinaikkan, ada saja tangan-tangan yang nakal menurunkan atau merosakkannya. Yang peliknya bendera parti yang satu lagi tu tak pulak terusik... Fenomena cabut bendera PAS kat kawasan Sungai Tangkas ni dah berlaku sejak PRU12 lagi..!
Pada sesiapa yang layari internet untuk mendapatkan berita terkini, pasti akan terjumpa kisah bendera-bendera PAS. Kisah-kisah bendera PAS ni pula ada dua. Satu, cerita kejayaan petugas-petugas PAS memeriahkan kawasannya dengan bendera-bendera paling besar, atau paling kreatif atau paling banyak. Kedua, kisah-kisah bendera yang dibakar atau dicabut atau dikoyakkan oleh pengkhianat-pengkhianat upahan.
Bendera PAS yang dinaikkan pada 23.3.2013 |
Pada sesiapa yang layari internet untuk mendapatkan berita terkini, pasti akan terjumpa kisah bendera-bendera PAS. Kisah-kisah bendera PAS ni pula ada dua. Satu, cerita kejayaan petugas-petugas PAS memeriahkan kawasannya dengan bendera-bendera paling besar, atau paling kreatif atau paling banyak. Kedua, kisah-kisah bendera yang dibakar atau dicabut atau dikoyakkan oleh pengkhianat-pengkhianat upahan.
Batal Pelaburan : Isa Perlu Tunjuk Bukti, Jangan Cakap Kosong
SHAH ALAM, 24 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjemput Adun Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim menyatakan dengan tepat industri dan nama syarikat yang membatalkan pelaburan mereka akibat birokrasi Kerajaan Negeri dan masalah bekalan air di negeri ini.
Ini kerana menurut Abdul Khalid, setakat ini hanya terdapat satu projek di Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang masih tertangguh untuk mendapat perakuan dari Syabas atas alasan kekhuatiran tidak mencukupi air jika projek tersebut diteruskan.
Pilihan raya tanpa keganasan adalah hak anda
Sejak tempoh beberapa bulan menghampiri Pilihan Raya Umum ke-13, BERSIH
2.0 berasa cemas apabila menyaksikan peningkatan mendadak
insiden-insiden yang berkaitan dengan keganasan dalam berpolitik.
Keganasan-keganasan ini termasuklah dari gangguan di majlis-majlis
ceramah sehingga ke serangan fizikal yang dilakukan oleh
individu-individu yang mempunyai kaitan dengan parti-parti politik.
Jelas, kejadian-kejadian ini tidak lagi boleh dianggap sebagai kejadian
terpencil sebaliknya adalah sebahagian daripada trend yang lebih besar
di mana keganasan telah dijadikan senjata politik yang utama.
Sejak dari Januari 2013, berikut adalah beberapa insiden keganasan yang pernah dilaporkan melalui media:
Sejak dari Januari 2013, berikut adalah beberapa insiden keganasan yang pernah dilaporkan melalui media:
DAP tanding guna lambang PAS dialu-alukan
KUALA LUMPUR, 23 Mac:
PAS hari ini mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit
Siang untuk bertanding di bawah logo PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan
(ROS) membatalkan partinya menjelang PRU13.
“Jika berlaku pembatalan, PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini kepada Harakahdaily.

MKN diminta perjelas 'surat' tersebar di internet
KUALA LUMPUR, 23 Mac:
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta membuat penjelasan
berhubung satu surat yang mula teredar di laman-laman media sosial
seperti Facebook dan blog-blog.
Surat yang mula tersebar semalam itu menunjukkan ianya dari MKN dan ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kandungan surat itu antara lain menyebut satu lampiran disediakan berhubung laporan strategi Pakatan Pembangkang yang diperolehi melalui 'pintasan emel' dan ditandatangani Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Saturday, March 23, 2013
UPDATE: JUMLAH SUMBANGAN SETAKAT 23 MAC 2013
Alhamdulillah, kutipan dari 3 Mac hingga 23 Mac 2013 ialah sebanyak
RM300.00. Jumlah sumbangan wang kepada PAS Cawangan Sungai Tangkas
(PASCST) setakat ini berjumlah RM4,870.00. Jazakallah.
Semoga sumbangan dan bantuan orang ramai bagi menggerakkan jentera PAS dalam menghadapi PRU13 ini berterusan. Jangkaan perbelanjaan yang
Semoga sumbangan dan bantuan orang ramai bagi menggerakkan jentera PAS dalam menghadapi PRU13 ini berterusan. Jangkaan perbelanjaan yang
Wednesday, March 20, 2013
Isu Altantuya: Pendedahan tanpa pendakwaan
Mohamed Hanipa Maidin, | 20 Mac 2013 |
Memang
banyak perkara yang tidak kena dalam isu Altantuya. Rakyat sudah
didedah dengan pelbagai pendedahan dari beberapa individu yang
mengetahui isu pembunuhan gadis Mongolia tersebut.
Mendiang Bala dan Deepak telah mendedahkan secara terperinci bagaimana mendiang Bala diarahkan untuk membuat akuan bersumpah kedua yang palsu dengan tujuan menafikan akuan bersumpahnya yang pertama.
Yang terbaru peguam Bala, Americk Sidhu mendedahkan peguam yang menderaf akuan bersumpah kedua Bala iaitu Cecil Abraham telah mengaku kepada Americk bahawa Najib adalah individu yang mengarahkan Cecil menderaf akuan bersumpah palsu Bala yang kedua itu.

Kad Pengenalan Sabah ‘projek Mahathir’ - Hassnar
KUALA LUMPUR, 19 Mac:
Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim secara tegas mendakwa
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang projek kad
pengenalan (IC) Sabah.
Beliau berkata, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Megat Junid Megat Ayob sendiri mengakui Tun Mahathir meluluskan projek tersebut dengan alasan untuk 'mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di Sabah.
Akibatnya kata Hassnar, seramai 130,000 pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan pada tahun 1985.

Sunday, March 17, 2013
Friday, March 15, 2013
Kuliah: "Suara Rakyat" oleh Ust. Nik Mohamad Abduh
Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz | Kuliah Jumaat 25 Jan 2013
Uploaded 14 Mac 2013 by myKelantan TV
Hasutan Melampau: Polis Dan SPR Digesa Ambil Tindakan Terhadap Muhyiddin
SHAH ALAM 14 MAC : Polis serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) digesa mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) berusaha menggagalkan PRU-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda.
Ketua Penerangan PAS, Riduan Mohd Nor berkata, tuduhan Timbalan Perdana Menteri itu terlalu berat serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.
Demokrasi Sebenar Pelihara Nasib Melayu-Islam
GOMBAK, 14 MAC : Cara terbaik untuk menjamin masa depan orang Melayu adalah dengan memastikan negara melaksanakan dasar demokrasi yang sebenar, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.
Menurut Zuhdi, negara yang berpegang teguh pada asas demokrasi mampu melahirkan rakyat yang bebas bersuara dan menyatakan pandangan mereka mengenai pelbagai perkara yang tidak hanya terhad kepada politik.
Selangor Mahu Bina Rumah Mampu Milik Lebih Murah, Berkualiti
PETALING JAYA, 14 MAC: Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan satu seminar bagi memastikan rumah mampu milik (RMM) di Selangor bukan sahaja berkualiti, malah dapat dijual pada harga lebih rendah dan disiapkan pada masa yang singkat.
Bagi menjayakan visi tersebut, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar yang bakal menampilkan pakar-pakar industri perumahan dalam dan luar negara di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.
Bersih 2.0 dedah kes pengundi didaftar tanpa izin
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Bersih 2.0 hari ini mendedahkan terdapat
lapan kes daftar pemilih meragukan yang dilaporkan oleh orang awam
dalam tempoh dua bulan ini.
Lapan kes itu termasuk lima individu yang terdaftar sebagai pengundi tanpa izin atau pengetahuan mereka di mana tiga daripada mereka didaftarkan di kawasan undi bukan tempat kediaman mereka.
Lapan kes ini telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu ini namun masih belum ada respons daripada SPR, kata Maria Chin.

Seolah-olah 'ada pihak' mahu huru-hara – Dr Hatta
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin kononnya Pakatan Rakyat merancang huru-hara merupakan
satu dakwaan yang tidak berasas.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata bagaimana Pakatan Rakyat yang berkeyakinan untuk menawan Putrajaya boleh bercadang untuk menimbulkan huru-hara.
"Untuk apa huru-hara itu? Siapa yang untung jika kita bercadang untuk timbulkan huru-hara? Dalam suasana kita (Pakatan Rakyat) bersedia menjadi kerajaan baru, sudah tentulah kita mengharapkan satu suasana yang lebih aman supaya transisi ke arah itu lebih baik," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Thursday, March 14, 2013
Porak-peranda: Muhyiddin dicabar dedah dokumen
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan tuduhan PR berusaha menggagalkan Pilihanraya Umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda.
“DPPM menganggap tuduhan TPM terlalu berat dan fitnah serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.The FGV Listing and the Felda Settler
MARCH 13, 2013, 10:10 AM
In the second of a four-part series on Felda Global Ventures, KiniBiz goes to a Felda settlement and talks to its inhabitants about what FGV’s listing means to them.
While some are happy with the cash payment of RM15,000 they are unsure if 800 shares in FGV will make much difference to their predicament.
Wednesday, March 13, 2013
Apabila Umno selalu berbohong
Analisis Mohamed Hanipa Maidin, 13 Mac 2013 |
Lebih 10,000 Masalah Pemilikan Tanah Berjaya Diselesai Kerajaan PR Selangor
TANJONG KARANG 12 MAC : Lebih 10,000 masalah berhubung pemilikan tanah berjaya diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sejak lima tahun lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, permohonan pemilikan tanah juga makin meningkat ekoran penambahbaikan dalam sistem permohonan yang lebih cekap dan efisien dengan menggunakan sistem komputer.
PM baru umum perkara yang sudah lama
KUALA LUMPUR:
PAS menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang
menaikkan taraf pangkat dalam tentera dan polis semalam hanya perkara
lama yang baru diumumkan sahaja.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, perkara ini hanya perkara lama yang baru diumumkan kerana mulai tahun 2010, perkhidmatan polis mensyaratkan ijazah sarjana muda bagi kemasukan ke pangkat inspektor sedangkan sebelum itu, mereka yang lulus SPM layak untuk menjawat jawatan inspektor.
Husam berkata demikian ketika mengulas pengumuman Najib semalam yang kononnya ia satu perkara baru yang dibuat untuk kepentingan tentera dan polis.
Berikut adalah kenyataan penuh Husam.

Melayu: Umno boleh belajar dengan TG Nik Aziz
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Melayu merempat Umno wajib dipersalahkan, tegas AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
“Kenapa 55 tahun negara Merdeka, Melayu masih ketinggalan jauh ke belakang.
“Apakah kemiskinan di kalangan orang Melayu dirancang?” tanya beliau.
Katanya, apabila Melayu miskin maka senang untuk mengkambinghitamkan DAP yang dituduh punca Melayu terpinggir.
Dengan ini, ujar beliau Melayu hidup menjadi abdi sepanjang hayat, terutama musim pilihan raya.

Tuesday, March 12, 2013
Dakwaan ekonomi bankrap dijaja menakutkan rakyat – Musa Hitam
Tun Musa pertahan dasar Buku Jingga PR
Dakwaan ekonomi bangkrap adalah kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyatMusa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.
Monday, March 11, 2013
Sunday, March 10, 2013
PAS tetap istiqamah dengan Islam
Tuan Guru Abdul Hadi Awang, | 05 Mac 2013 |
Saya
membaca dengan teliti tulisan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri
dan Presiden UMNO dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu. Isi tulisan
beliau telah mendedahkan hakikat sebenar bahawa itulah kefahamannya
terhadap Islam dan sekadar itulah sahaja pembacaannya daripada sejarah
perjuangan kemerdekaan. Tanpa merasa bersalah kerana memutarkan fakta
sejarah, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa penubuhan PAS adalah
kerana kebencian dan kedengkian golongan berpendidikan agama terhadap
kumpulan berpendidikan barat dan kebangsaan, disebabkan harta dan
pangkat, sehingga mencetuskan kebencian dengan isu kafir mengkafir dan
lain-lain. Hujah ini bukan sahaja salah dengan fakta sejarah, bahkan
menggambarkan fikiran simplistik dan kekeliruan yang amat nyata!
Nampaknya beliau berdepan dengan “Denial Sydrome” yang amat parah.
Cadangan PAS untuk membela pegawai kerajaan
Saya
difahamkan, esok Perdana Menteri akan bertemu dengan kakitangan awam
dan akan mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk perkhidmatan awam.
Antara inisiatif yang dijangka diumumkan meliputi pelarasan gaji hingga 10%, peningkatan elaun cola antara RM300 hingga RM500 dan menaikkan elaun perumahan kakitangan awam.
Antara inisiatif yang dijangka diumumkan meliputi pelarasan gaji hingga 10%, peningkatan elaun cola antara RM300 hingga RM500 dan menaikkan elaun perumahan kakitangan awam.
Saturday, March 9, 2013
Friday, March 8, 2013
Jangan Biarkan Api Fitnah Menyala
Fitnah adalah salah satu malapetaka yang membinasakan umat manusia. Sememangnya Islam memberi perhatian serius terhadap bahaya fitnah sehingga disebut implikasinya lebih buruk dari membunuh. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa justeru ia sering membabitkan tuduhan tanpa bukti, pra sangka tanpa asas dan persepsi yang salah. Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurang-kurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain.
Fitnah juga seperti harimau yang sedang tidur. Sesiapa sahaja yang mengejutkannya daripada tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas bangun dan menerkam. Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah, ia akan menyala dan menyambar.
Kerajaan Negeri Sedia Ambil Alih Syabas Terlebih Dahulu
SHAH ALAM 7 MAC : Kerajaan Negeri bersedia mengambilalih Syarikat
Bekalan Air Selangor (Syabas) terlebih dahulu sebelum meneruskan
mengambil alih syarikat konsesi yang lain.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan tersebut dilakukan kerana Syabas merupakan pengedar tunggal bekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan tersebut dilakukan kerana Syabas merupakan pengedar tunggal bekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Thursday, March 7, 2013
HKL Sahkan Semua Kakitangan Dilarang Menampal Pelekat Logo Pembangkang
Makluman: Status Pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Sungai Tangkas
Pihak PAS Cawangan Sungai Tangkas (PASCST) telah menerima aduan dari penduduk Kampung Sungai Tangkas berkenaan kerja-kerja pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Sungai Tangkas telah terhenti.
Yayasan Selangor Cemerlang Di bawah Pakatan Rakyat
SHAH ALAM 6 MAC : Perkhidmatan Yayasan Selangor (YS) lebih cemerlang dan semakin diyakini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) sepanjang 2008 hingga 2012 .
Keadaan ini berbanding dengan tahun sebelumnya ketika diperintah Umno-BN, kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.
Jelas Dr Halimah, dalam tempoh itu, YS menaja 3.5 kali ganda pelajar peringkat menengah berbanding pada 2007 yang hanya berjumlah 1,385 orang.
Katanya, bilangan pelajar dalam Program Rancangan Khas Pendidikan YS – RKPYS itu mula meningkat kepada 1,409 orang pada 2008, 1,554 orang pada 2009 dan melonjak kepada 3,288 orang pada 2012 dan akan ditingkatkan lagi kepada 5,000 orang pelajar pada 2013.
Jangan Sampai Lupa...
oleh Majdan Dagang, | 06 Mac 2013 |
Isu Lahad Datu masih berlangsung. Kita tidak tahu bilakah penghujungnya. Mungkin esok, lusa atau seminggu, malah mungkin lebih daripada itu. Tidak dapat tidak semua orang akan bercakap, berbahas dan bergosip tentangnya. Semua media tertumpu ke arahnya dan berusaha melaporkan sebaik mungkin. Sama-sama kita berdoa agar segala selesai dan takziah kepada anggota keselamatan yang terkorban. Namun, jangan sampai kita lupa tentang matlamat untuk menumbangkan Umno-BN. Juga jangan lupa tentang...
Wednesday, March 6, 2013
Tuesday, March 5, 2013
Saudara Tun Razak kecewa 50 tahun tanah belum lulus
Pelan RTB Batu 18 yang menunjukkan sudah ada nombor lot.
PEKAN, 5 Mac: Bayangkan, selepas 50 tahun meneroka dan mengusahakan tanah yang dijanjikan, sehingga kini 60 peneroka asal yang lebih separuh daripadanya sudah meninggal dunia itu masih gagal mendapatkan status tanah milik mereka.
Mereka ialah sanak saudara Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dari Kampung Pahang Tua, Lamir, dan Langgar yang digalakkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua itu mengusahakan sebidang tanah di Batu 18 Jalan Kuantan-Pekan.
SPR Gagal Kikis Tanggapan Berat Sebelah, Tidak Adil Di Mata Rakyat
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mengikis
tanggapan umum bahawa ia bebas dari pengaruh mana-mana parti politik dan
tidak berat sebelah.
Ini disebabkan beberapa kenyataan SPR sebelum ini yang membuktikan bahawa badan itu tidak bersikap adil kepada semua parti politik dan menguntungkan Umno-BN.
Menurut Pengerusi Bersama NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan, semua parti politik haruslah diberikan layanan sama rata.

Ada Kawasan di Selangor Pengundi Lebih Ramai Dari Penduduk
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada
kawasan DUN di mana jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk sekaligus
menguatkan dakwaan terdapat keraguan di dalam daftar pemilih yang akan
digunakan di dalam pilihanraya akan datang.
Semakan Kerajaan Negeri di Bestari Jaya Utara contohnya, mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang.
Semakan Kerajaan Negeri di Bestari Jaya Utara contohnya, mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang.
Monday, March 4, 2013
Jangan fikir jawatan PM, TPM - TG Abdul Hadi
SHAH ALAM:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa
buat masa ini tidak perlu timbul sebarang isu mengenai jawatan Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU akan
datang.
“Yang penting sekarang ini ialah memberitahu rakyat mengenai pemerintahan yang adil jika Pakatan berkuasa,” kata beliau ketika berucap di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya PAS Negeri Selangor 2013 di sini semalam.

Misuari dakwa 'mereka ke Sabah selepas janji Najib'
MANILA, 4 Mac:
Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph),
pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas
mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Sunday, March 3, 2013
Pelajar PTRS 2013 Azam Untuk Cemerlang Dalam SPM
SHAH ALAM 2 MAC: Peluang tuisyen percuma yang disediakan Kerajaan Negeri tidak akan disia-siakan bahkan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk berjaya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.
Itulah azam pelajar seperti Syahmi Anis Shamsuddin, 17, yang terpilih pada tahun ini untuk menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bersama 2,270 pelajar yang lain di seluruh Selangor.
Proses keluar geran tanah dihalang?
KUALA SELANGOR, 3 Mac:Kerajaan negeri Selangor kini berada di peringkat akhir memproses
pemberian geran tanah kepada lebih 100 penduduk asal Kampung Seri Aman
dekat sini.
Namun, ia cuba dihalang oleh pihak-pihak tertentu di negeri ini dengan memfailkan semakan kehakiman untuk membatalkan proses dan keputusan cabutan undi untuk permohonan berkenaan.
Menurut anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar atas), pihaknya sudah berada di peringkat akhir untuk mengeluarkan borang 5A bagi membolehkan pengeluaran geran kepada mereka yang layak.

Saturday, March 2, 2013
UPDATE: JUMLAH SUMBANGAN SETAKAT 2 MAC 2013
Semoga sumbangan dan bantuan orang ramai bagi menggerakkan jentera PAS dalam menghadapi PRU13 ini berterusan. Jangkaan perbelanjaan yang
Friday, March 1, 2013
Pencerobohan di Lahad Datu dilaporkan tamat
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah telah tamat.
ABS-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut.
LAHAD DATU: Apa Sebenarnya Berlaku Atau Ia Perancangan Pihak Tertentu?
Polis sahkan 2 komando, 12 penceroboh terbunuh Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam pertembungan antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari ini.
Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita bahawa bilangan yang cedera di kalangan kumpulan Sulu tidak diketahui, lapor Star Online.
Syarikat Konsesi Beri Respon Positif Terhadap Tawaran Kerajaan Negeri
SHAH ALAM, 28 FEB : Empat syarikat konsesi yang mengurus industri air
di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mula memberi respon positif
terhadap tawaran RM9.65 bilion oleh Kerajaan Negeri bagi mengambil alih
operasi mereka, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, keempat-empat syarikat konsesi itu telah memberi surat maklumbalas kepada Kerajaan Negeri dan ia disifatkan sebagai satu petanda baik terhadap urusan pengambilalihan industri air di Selangor.
Bagaimanapun katanya, pengumuman rasmi berhubung perkara itu hanya akan dimaklumkan lebih lanjut mulai esok.

Penerima BR1M diarah bersumpah undi BN
BACHOK, 28 Feb: Bukan lagi omongan kosong Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) dijadikan umpan menarik sokongan rakyat untuk
menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Lebih dahsyat lagi apabila surat akuan bersumpah turut dikempilkan bersama baucer BR1M yang diberi kepada setiap penerima.
Akuan bertulis itu berbunyi “Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan bekerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Umno, bukan untuk berpecah sesama Islam”.

Subscribe to:
Posts (Atom)