Pihak PAS Cawangan Sungai Tangkas (PASCST) telah menerima aduan dari penduduk Kampung Sungai Tangkas berkenaan kerja-kerja pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Sungai Tangkas telah terhenti.
PASCST telah berhubung dengan pihak-pihak berwajib dan dimaklumkan setelah kajian dibuat di tapak pembinaan, terdapat cerun yang perlu ditangani sebelum sebarang pembinaan dapat dilangsungkan.
Buat masa ini, pihak kontraktor sedang berunding dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mebincangkan kerja-kerja pengukuhan kawasan-kawasan cerun memandangkan ianya merupakan skop kerja tambahan dari tender asal.
No comments:
Post a Comment