KUALA LUMPUR, 14 Mac: Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin kononnya Pakatan Rakyat merancang huru-hara merupakan
satu dakwaan yang tidak berasas.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS,
Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata bagaimana Pakatan Rakyat yang
berkeyakinan untuk menawan Putrajaya boleh bercadang untuk menimbulkan
huru-hara.
"Untuk apa huru-hara itu? Siapa yang untung jika kita
bercadang untuk timbulkan huru-hara? Dalam suasana kita (Pakatan Rakyat)
bersedia menjadi kerajaan baru, sudah tentulah kita mengharapkan satu
suasana yang lebih aman supaya transisi ke arah itu lebih baik," tegas
beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Selain menyifatkan dakwaan
Muhyidin itu sebagai sangat prejudis, ia juga menampakkan seolah-olah
'ada pihak' yang mahukan huru-hara berlaku.
Dakwaan itu juga,
kata Dr. Hatta seolah-olah cubaan untuk mengaitkan Pakatan Rakyat dengan
krisis yng melanda negara di Lahad Datu.
"Jika Naib Presiden PKR, Tian Chua boleh didakwa di bawah Akta Hasutan, apa bezanya dengan Muhyiddin?" soal beliau.
Justeru,
beliau berharap Muhyiddin tidak mengeluarkan kenyataan yang memberikan
gambaran bahawa ada pihak yang ingin keadaan huru-hara berlaku.
Timbalan
Presiden Umno itu mendakwa bahawa dari maklumat beberapa dokumen yang
boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan
pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana
gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
Source - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17426-seolah-olah-ada-pihak-mahu-huru-hara-dr-hatta
No comments:
Post a Comment