“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Friday, March 15, 2013

Bersih 2.0 dedah kes pengundi didaftar tanpa izin

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Bersih 2.0 hari ini mendedahkan terdapat lapan kes daftar pemilih meragukan yang dilaporkan oleh orang awam dalam tempoh dua bulan ini.

Lapan kes itu termasuk lima individu yang terdaftar sebagai pengundi tanpa izin atau pengetahuan mereka di mana tiga daripada mereka didaftarkan di kawasan undi bukan tempat kediaman mereka.

Lapan kes ini telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu ini namun masih belum ada respons daripada SPR, kata Maria Chin.


Jelas Maria, dalam satu kes ada individu diberitahu oleh SPR bahawa pihak SPR tidak pernah menerima borang pendaftaran pengundinya walaupun telah mendaftarkan diri melalui sebuah konsulat luar negara Malaysia pada tahun 2012, justeru itu beliau tidak layak untuk mengundi dalam PRU 13 ini.

Daripada lapan kes ini tegas Maria, ada individu lain pula tidak berjaya mencari rekod pendaftarannya dalam talian sekali gus individu terbabit juga tidak boleh mengundi kali ini.

Tambahnya, ada juga kes di mana salah seorang pengadu memberitahu terdapat pengundi hantu yang didaftar menggunakan alamat kediamannya.

"Lapan kes ini dilaporkan dalam tempoh dua bulan, bukanlah jumlah yang sedikit, dan mungkin menandakan bahawa kes-kes seperti ini lebih banyak lagi, memandangkan kebimbangan yang telah diluahkan sebelum ini terhadap kewibawaan daftar pemilih.

"Malah pihak pengadu telah berjumpa sendiri dengan SPR,"katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tegas Maria, walaupun kenyataan SPR yang menjamin kewibawaan daftar pemilih, namun Malaysia masih lagi ada ruang untuk memperbaiki keadaan.

Katanya, Bersih 2.0 masih bimbang akan kesan daftar pemilih meragukan ke atas pilihan raya akan datang dan merasakan tidak ada apa pembaharuan yang dilakukan oleh SPR sebagaimana dituntut oleh jawatankuasa itu.

"Tiap-tiap suku tahun pertama dia keluarkan atau bersihkan daftar pemilih kemudian masukkan daftar baru pula malangnya kad pengenalan tidak sama, kad lama pula digunakan, kekeliruan gender masih ada orang yang sangat tua, askar tentera yang sudah pencen pun masih daftar undi pos, banyak lagi yang belum bersih," katanya ketika ditemui.

Justeru katanya Bersih masih sangsi dengan ketelusan SPR dalam menjalankan pilihan raya terdekat ini.

Source - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17427-bersih-20-dedah-kes-pengundi-didaftar-tanpa-izin

No comments:

Post a Comment