KUALA LUMPUR, 27 MAC: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum
tarikh pembubaran Parlimen dilihat sebagai situasi pelik dan tidak
pernah terjadi dalam sejarah Malaysia.
Keadaan ini dikhuatiri akan memberikan implikasi kewangan terutama
apabila beberapa keputusan besar dibuat meskipun mandat pemerintahan
telah berakhir.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tempoh mandat
pemerintahan diberikan rakyat melalui pilihan raya hanyalah lima tahun
iaitu sejak 8 Mac 2008.
Keadaan ini turut disokong melalui kenyataan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak yang meminta rakyat memberikan mandat lima tahun lagi
kepada Umno-BN.
“Bila habis mandat, hak rakyat adalah memberikan mandat baru.
“Keadaan sekarang saya sifatkan sebagai satu rampasan kuasa rakyat
tanpa senjata,” katanya dalam satu sidang media di Ibupejabat PAS.
Menurutnya, sepanjang tempoh ‘tamat mandat’ sejak 8 Mac 2013,
kerajaan perlu mengumumkan semua keputusan projek yang telah diberikan
kelulusan selain beberapa perjanjian termasuk di dalam Pameran Maritim
Antarabangsa Langkawi (LIMA ’13).
Jelasnya, kerajaan sementara yang berkuasa selepas pembubaran Dun
atau Parlimen bagi menguruskan urusan harian tidak boleh membuat
keputusan yang melibatkan implikasi kewangan.
Dun Negeri Sembilan bakal menjadi negeri pertama berhadpan pembubaran secara automatik pada tengah malam 27 Mac 2013.
Selain itu, Mahfuz turut mendesak agar pihak keselamatan terutama
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk bertindak
bagi mengawal ketat keselamatan sehingga pilihan raya berlangsung.
Ini ekoran dakwaan sebelum ini termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan
Sri Abdul Aziz Yusof yang menyatakan bakal wujud gangguan pihak tertentu
bagi mengganggu kelancaran PRU-13.
“Kalau ada dokumen dan cukup maklumat, mengapa tidak ambil tindakan.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu sedar sebelum ini ceramah PR diganggu.
“Saya berani katakan mereka ini mendapat perlindungan pihak tertentu termasuk ‘jaminan’ polis,” katanya lagi.
Link - http://www.selangorku.com/?p=24812
No comments:
Post a Comment