KUALA LUMPUR, 4 MAC: Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada
kawasan DUN di mana jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk sekaligus
menguatkan dakwaan terdapat keraguan di dalam daftar pemilih yang akan
digunakan di dalam pilihanraya akan datang.
Semakan Kerajaan Negeri di Bestari Jaya Utara contohnya, mendapati
kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi
seramai 3,589 orang.
Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru
yang tidak dapat dikenalpasti.
Abdul Khalid berkata demikian di dalam pembentangnya di dalam persidangan terbuka Pilihanraya ke-13 di sini, hari ini.
“Kerajaan Negeri mengambil berat hak demokrasi rakyat negeri ini
sebab itulah Kerajaan Negeri mengambil langkah mengenal pasti pengundi
di Selangor bagi memastikan hak rakyat menentukan kerajaan,” kata Abdul
Khalid.
Laporan sama turut menunjukkan sehingga suku tahun ke empat 2012,
terdapat 497,084 pemilih baru di Selangor dari jumlah 1,924,281 pemilih
berdaftar.
Daripada 497,084 pemilih baru yang telah disemak itu pula, 134,675 atau 28 peratus darinya tidak dapat dikenal pasti.
Menurut Abdul Khalid, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak
mengendahkan gesaan daripada Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti lebih
134,000 pengundi ragu itu.
Source - http://www.selangorku.com/?p=23711
No comments:
Post a Comment