“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Sunday, March 24, 2013

Al Kisah Bendera-Bendera PAS Sg Tangkas yang di Khianati..

 Semakin dekat dengan PRU13, semakin giat sukarelawan-sukarelawan PAS menaikkan bendera.. termasuklah di kawasan kita di Sungai Tangkas.  Tetapi setiap kali bendera-bendera ini dinaikkan, ada saja tangan-tangan yang nakal menurunkan atau merosakkannya.  Yang peliknya bendera parti yang satu lagi tu tak pulak terusik... Fenomena cabut bendera PAS kat kawasan Sungai Tangkas ni dah berlaku sejak PRU12 lagi..!
Bendera PAS yang dinaikkan pada 23.3.2013

 Pada sesiapa yang layari internet untuk mendapatkan berita terkini, pasti akan terjumpa kisah bendera-bendera PAS.  Kisah-kisah bendera PAS ni pula ada dua. Satu, cerita kejayaan petugas-petugas PAS memeriahkan kawasannya dengan bendera-bendera paling besar, atau paling kreatif atau paling banyak. Kedua, kisah-kisah bendera yang dibakar atau dicabut atau dikoyakkan oleh pengkhianat-pengkhianat upahan.


Bendera PAS bertukar menjadi bendera BN selang
beberapa hari.. yang peliknya batang bendera
tetap sama
Pasti ada pembaca tanya, nape admin sensitif sangat kisah bendera-bendera PAS ni kene cabut atau dirosakkan?   Kenapa taknye..

Pertama, wang.  Duit untuk beli bendera ni bukannya sikit2.  Duit yang digunakan tu ialah duit infak daripada ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.  Duit bukan hanya dibelanjakan untuk beli bendera.  Tangga, sewa lori, batang2 kayu atau buluh, dawai, tali tu semua bukannya jatuh dari langit.  Bila bendera2 ni dikhianati, maknanya harta benda orang dirosakkan. 


Bendera PAS yang diletakkan pada 27.2.2013. 
Kat sebalik landasan sana tu ada bendera
BN yang besar
Kedua, keringat.  Kerja-kerja menaikkan bendera2 ni diusahakan oleh ahli-ahli PAS. Sebelum nak naikkan, bendera tu mestila digunting, dijahit, dipakukan ke batang kayu atau buluh dulu. Dah siap, kene panjat pokok atau tangga untuk naikkan bendera... bukannya bendera-bendera tu panjat tiang atau pokok sendiri.  Lepas tu senang2 je orang lain turunkan seolah2 Sungai Tangkas ni dia yang punya.  Kami ahli2 PAS pun bayar cukai jugak la.
Bendera PAS yang telah ghaib.. magic!

Ketiga, masa.  Ahli2 PAS tidak mendapat upah.  Di malam2 hari atau hari2 minggu, ahli2 akan berkumpul untuk membuat kerja naik bendera ni.  Kesemuanya adalah secara sukarela dan keikhlasan hati.  Bila buat sesuatu kerja dengan hati yang ikhlas, pastilah lebih tersentuh jika sesuatu berlaku pada bendera2 yang dinaikkan tu.

Keempat dan paling penting, syiar.  Bendera PAS adalah panji-panji kami.  Ia merupakan satu simbol yang mewakili iltizam kami untuk menegakkan Islam yang syumul di bumi Sungai Tangkas ini.  Satu jatuh, sepuluh kami naikkan.


Yeaaahhh... Ini Kalilah!! Syabas Pemuda PASCST!
Bendera yang terkini dinaikkan pada 23.3.2012
Harap2 kali ni takde tangan2 nakal yg menurunkannya

Terima kasih ahli2 PASCST kerana tidak berputus-asa dalam memastikan syiar di Sungai Tangkas berdiri megah... Takbir!!!



No comments:

Post a Comment