Menurut laporan yang dikeluarkan oleh beberapa web dan portal , pereka fesyen popular yang cukup sinonim namanya  Calvin Thoo telah memeluk islam setelah mengucap dua kalimah syahadah pada jam 3 petang kelmarin dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi.

Dalam sebuah blog menyebut Calvin menyatakan beliau menerima hidayah untuk memeluk islam selepas beliau mendapat satu mimpi dan dalam mimpi itu beliau bersyahadah.
Untuk rekod, Calvin sudah berkecimpung dalam dunia industri rekaan dan fesyen sejak lebih 17 tahun lalu dan dia memiliki butik yang terletak di tingkat 4, pusat membeli belah Lot 10. 
calvin thoo