4 Februari 2013
KUALA LUMPUR: PAS tidak akan melayan sebarang desakan
dari mana-mana pihak berhubung isu penggunaan kalimah Allah memandangkan
ianya telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebelum ini. (Sila rujuk di sini)
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib berkata,
keputusan oleh bandan tertinggi PAS itu sebelum ini adalah sangat jelas
dan semua pihak harus menghormati keputusan tersebut.
"Ianya
dibuat secara kolektif setelah melalui perbincangan yang mendalam oleh
Majlis Syura Ulamak PAS dan ianya bukan diputuskan secara individu.
"Kita meminta agar mana-mana institusi dan individu-individu tertentu
agar menghormati pandangan dan keputusan PAS ini sepertimana dalam
kenyataan rasmi oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebelum ini," katanya
kepada Harakahdaily.
Pada 13 Januari lalu, mesyuarat Majlis
Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah
namun kalimah suci itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana
bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.
Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
Keputusan itu juga menjelaskan menterjemah kalimah God atau Lord dari
mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak
dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak
menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh
kerana itu ia hendaklah dicegah.
Source - http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16483-isu-kalimah-allah-selesai-majlis-syura-sudah-putuskan
No comments:
Post a Comment