SHAH ALAM 20 FEB : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris
Shah tiada halangan dan bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri bagi
pembubaran DUN Selangor untuk diadakan pilihan raya apabila tiba
masanya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan Sultan
Selangor menyatakan demikian dalam pertemuan mingguan bersamanya yang
diadakan hari ini.
“Tuanku bersetuju…saya akan mengumumkan pembubaran DUN pada masa yang sesuai dan secara teratur.
“Sultan tiada halangan dengan pembubaran DUN,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri sudah bersiap sedia dengan
pembubaran itu untuk menghadapi pilhan raya biarpun tidak menyatakan
bila ia akan dilakukan.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga tiada masalah seandainya pilihan
raya itu dijalankan berasingan atau serentak dengan peringkat parlimen.
Sebelum ini, Abdul Khalid pernah menyatakan Kerajaan Negeri akan
membubarkan DUN Selangor selepas sambutan perayaan Chap Goh Mei ini.
Source - http://www.selangorku.com/?p=23203
No comments:
Post a Comment