“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Wednesday, February 20, 2013

PKR, DAP sentiasa bersama PAS dalam Pakatan

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Kenyataan PAS akan keluar Pakatan Rakyat (PR) jika kerjasama merugikan parti itu menjawab segala propaganda Barisan Nasional (BN) kononnya PR tidak meletakkan perlembagaan sebagai perjuangan utama.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan itu akan menutup mulut pimpinan Umno dan BN yang sering memfitnah kononnya PR tidak menjaga perkara tersebut, lapor Sinar Harian Online.
Beliau yakin PR akan kekal dan tidak berlaku seperti mana harapan yang diletakkan oleh BN supaya PAS keluar PR ataupun mana-mana satu parti keluar PR.

Beliau berkata, PKR juga lebih mengenali kebaikan orang PAS, niat dan perjuangan mereka di sebalik tohmahan yang dilemparkan itu kepada parti itu oleh BN.


Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pula mengakui sememangnya tidak pernah berlaku percanggahan yang merosakkan hubungan antara PAS, DAP dan PKR di Selangor.

Malah katanya, peluang bergabung dalam PR memberi kelebihan kepada mereka berdamping dengan kaum Melayu dan umat Islam lebih erat lagi.
“Sejak pemerintah PR di Selangor lima tahun lalu, kerjasama ketiga-tiga parti baik,” katanya.

Pada 16 Februari lepas, PAS mengulangi pendirian tegas bahawa kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR tidak merugikan orang Melayu dan Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap pada Himpunan PAS Ganti Umno di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu berkata, PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Source - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16846-pkr-dap-sentiasa-bersama-pas-dalam-pakatan

No comments:

Post a Comment