SHAH ALAM 8 FEB : Pakar dari dalam dan luar negara akan dipanggil
Kerajaan Negeri berhubung pembinaan projek “Rumah Mampu Milik Pasang
Siap” yang mula dilaksanakan menerusi Belanjawan 2013.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pakar-pakar luar
negara dari United Kingdom dan Jepun itu akan diminta memberikan
pendapat dan cadangan dalam penyediaan rumah itu nanti dengan cara yang
terbaik.
Katanya, hasil pembinaan itu, rakyat akan dapat menikmati dengan harga yang murah iaitu tidak melebihi RM100,000.
“Di Selangor, khusunya Shah Alam, harga tanah semasa tinggi, setiap
lima tahun tanah yang berharga RM10 sekaki akan menjadi RM30 sekaki,
kalau harga tanah tinggi lagi ramai yang mahu membelinya.
“Jadi untuk rakyat yang tidak mampu, itu kita akan sediakan mereka
rumah mampu milik. Dan menjadi polisi Kerajaan Negeri, setiap
pembangunan tanah di 10 ekar tanah, mestilah mempunyai projek pembinaan
rumah mampu milik,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Bengkel
Pengurusan Tanah negeri bagi tahun 2008-2012 .
Hadir sama Pengarah PTGS, Datuk Kamarulzaman Jamil dan Exco
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan
Selangor, Rodziah Ismail.
November lalu, dalam sidang Dewan Negeri (DNS) sejumlah RM50 juta
diperuntukkan bagi tujuan pembinaan Rumah Mampu Milik melalui projek
“Rumah Mampu Milik Pasang Siap” (Prefabricated Packages Home) yang bakal
dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor mulai ini
menerusi Belanjawan 2013.
Inisiatif itu bertujuan membantu rakyat yang terbeban dengan harga rumah yang melambung di pasaran pada ketika ini.
Projek itu diyakini mampu memberi keseimbangan terhadap harga tinggi
dalam trend lonjakan harga rumah kesan daripada penawaran dan permintaan
pasaran akibat pengambilan untung yang keterlaluan dikalangan pemaju.
Melalui projek itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperbaiki
kesan-kesan harga pasaran yang terjadi akibat aktiviti persaingan
spekulasi dalam perniagaan hartanah.
Source - http://www.selangorku.com/?p=22732
No comments:
Post a Comment