“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Wednesday, February 27, 2013

Populariti PM: Sokongan menurun, kemarahan meningkat

 

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Satu kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre mendapati sokongan terkini rakyat terhadap Perdana Menteri semakin merosot berbanding kajian beberapa bulan sebelum ini.

Pada masa sama, kajian juga mendapati kemarahan rakyat terhadap beliau pula semakin meningkat.
Kajian tersebut dibuat antara 23 Januari hingga 6 Februari, mengambil seramai 1,021 responden dari kalangan pengundi berdaftar dengan pecahan 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India.

Hasil kajian yang didedahkan semalam itu menunjukkan, sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak menurun kepada 61 peratus berbanding 65 peratus pada Oktober 2012.

Firma kajian itu menyebut, penurunan itu sebahagian besarnya dari kalangan orang Melayu.

Bulan lalu sokongan Melayu terhadap Najib pada tahap 77 peratus namun kini turun kepada 73 peratus.

Sementara itu, kajian tersebut juga mendapati kadar kemarahan rakyat terhadap Najib meningkat kepada 32 peratus berbanding 30 peratus Disember tahun lalu.

Pecahan dari segi bangsa pula mendapati, kemarahan masyarakat Melayu terhadap pentadbiran Najib meningkat kepada 32 peratus berbanding 24 peratus pada Mei 2012, diikuti mayarakat India 43 peratus berbanding 41 peratus sebelum ini.

Menurut firma itu, tinjauan itu dijalankan selepas berlaku beberapa peristiwa besar dalam politik negara.

Ianya termasuk Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari di Stadium Merdeka, permulaan siasatan Projek IC oleh Suruhanajaya Siasatan Diraja di Sabah, dan pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Source - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17065-populariti-pm-sokongan-menurun-kemarahan-meningkat

No comments:

Post a Comment