SHAH ALAM 6 FEB : Setiap kediaman di Selangor sudah boleh menerima
air percuma sekirannya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) melakukan
tanggungjawabnya dan selesai menukar semua meter pukal kepada meter
individu enam tahun lalu.
Ini kerana mengikut perjanjian penswastaan perkhidmatan air 2004,
Syabas perlu menukar kesemua meter pukal di kediaman ke meter individu
dalam dalam tempoh dua tahun dari 2004 hingga ke 2006.
Sekiranya Syabas telah melaksanakan tanggungjawabnya, kata Menteri
Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tidak ada kediaman yang tercicir
daripada skim 20 metre padu air percuma yang diperkenalkan sejak 2008.
Abdul Khalid mendedahkan fakta tersebut semasa mengulas kes mahkamah
yang sedang berjalan di mana 711 individu mengemukan saman terhadap
Kerajaan Selangor berkenaan dasar pemberian air percuma.
Pendedahan syarat perjanjian 2004 itu adalah bukti terbaru yang
Syabas, syarikat yang mengendalikan pengedaran air di Selangor, gagal
dalam melaksanakan tugasnya secara cekap dan amanah.
Contoh terbaru adalah Syabas didakwa lambat dalam melaksanakan proses
pertukaran meter pukal ke meter individu di 76 kawasan pangsapuri
walaupun kesemua flet di kawasan tersebut telah memenuhi syarat dan
bersedia bertukar ke meter individu.
“Keadaan ini berlanjutan walaupun kita sudah beberapa kali
mengingatkan Syabas supaya mempercepatkan proses ini,” kata Abdul
Khalid.
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa kes
saman tersebut akan dibicarakan pada satu tarikh yang akan ditentukan
selepas permohonan untuk mengenepikan saman tersebut ditolak.
Kerajaan Negeri akan mengemukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu.
“Keputusan Mahkamah Tinggi itu bukanlah bermakna kemenangan kepada
mereka yang memfailkan saman itu. Mahkamah sekadar memutuskan kes
tersebut hendaklah dibicarakan sepenuhnya.
“Justeru, kenyataan-kenyataan Umno bahawa mereka telah menang dalan kes ini adalah silap fakta,” kata Abdul Khalid.
Pada ketika ini, hampir semua pangsapuri di Selangor telah menerima
manfaat daripada skim tersebut samada melalui pertukaran meter pukal ke
individu atau melalui rebet yang diberi setiap bulan.
Dilaporkan sebelum ini bahawa sejak Sept 2012, 92 peratus pangsapuri kos rendah telah menerima faedah daripada skim air percuma.
Abdul Khalid berkata penghuni pangsapuri hanya perlu mengisi borang bagi mendapat faedah dari skim itu.
“Kita telah melancarkan program Lapor dan Dapat pada Jun 2010. Pihak
pengurusan pangsapuri kos rendah hanya perlu mendaftar dengan
Suruhanjaya Bangunan untuk layak menerima air percuma.”
Source - http://www.selangorku.com/?p=22651
No comments:
Post a Comment