“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Saturday, February 2, 2013

RAYUAN DANA PRU13

PAS Cawangan Sungai Tangkas (PAS CST) telah melancarkan kempen untuk mengumpul dana PRU13 bagi PAS Kawasan Serdang sekurang-kurangnya RM10,000.00.  Dana ini diperlukan sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun PAS CST seperti butiran berikut:

No. Akaun  :  14041010076164
Nama         :  PAS Cawangan Sungai Tangkas
Bank           :  Bank Islam Malaysia Berhad

Jumlah sumbangan ke dalam tabung PRU13 akan dikemaskini setiap minggu dan akan dipaparkan di ruangan blog ini.

Sumbangan dari pihak tuan/puan bagi gerak kerja PRU13 amat-amat diperlukan dan dihargai.

Jazakallah.


Wahai orang-orang yang beriman! Apakah kamu suka Aku tunjukkan  kepada kamu suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab dari pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu. Itulah yang lebih baik untuk kamu jika kamu mengetahui.


Nescaya, Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya berbagai-bagai sungai, dan menempatkan kamu di kediaman-kediaman yang selesa di dalam syurga-syurga ‘Adni. Itulah keuntungan yang amat besar.


(As-Saff, 61:10-12)


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

(At-Taubah, 9:111)

No comments:

Post a Comment