“Jangan kamu merasa lemah dalam menghadapi lawanmu. Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka juga menderita sakit sepertimu sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” – Surah An-Nisa' : Ayat 104

Thursday, February 14, 2013

MAKLUMAN: KURSUS SIJIL PENGURUSAN DAN OPERASI HALAL

Assalamualaikum & Salam Hormat

MAKLUMAT KURSUS SIJIL PENGURUSAN DAN OPERASI HALAL

Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) melalui inisiatif Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Profesion Eksekutif Halal Malaysia (PEHMA) dan Significant Technologies Sdn Bhd akan menganjurkan program seperti berikut:-

Program     : Kursus Sijil Pengurusan dan Operasi Halal (KAPSUL) 
Tarikh         : 4 Mac 2013 – 13 Mac 2013 
Masa           : 09.00 pagi – 05.00 ptg
Tempat       : Kolej Pendeta Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kursus Sijil Pengurusan & Operasi Halal adalah satu program profesional bagi menambah pengetahuan dan kemahiran khusus berkaitan industri halal di Malaysia. Matlamat program ini adalah untuk menambahnilai pengetahuan dan kemahiran para graduan bagi memudahkan mereka masuk ke dalam industri. Apalagi, industri memerlukan mereka yang multitasking dalam lapangan kerja.

Peserta yang menamatkan kursus ini dengan jayanya akan diberikan sijil penyertaan dan sijil kompetensi (berdasarkan peperiksaan). Kursus ini bertujuan melahirkan Penyelia Operasi Halal yang akan membantu Eksekutif Halal, QC, QA dan Jawatankuasa Halal Dalaman di dalam syarikat berkaitan industri halal.

Antara kandungan kursus ialah:
  1. Asas Operasi Industri Makanan
  2. Syariah Islamiyyah
  3. Asas Fiqh Islami
  4. Isu-Isu Fatwa Semasa Berkaitan Halal
  5. Standard Halal Malaysia (MS1500:2009, etc)
  6. Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia
  7. Asas Audit Pensijilan Halal Malaysia
  8. Good Manufacturing Practice
  9. Good Hygiene Practice
  10. Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)
  11. Management of Halal Assurance System (HASYS)
  12. Teknologi & Penyembelihan Halal (Teori & Praktikal)
  13. Latihan Ilmiah (Kajian Kes) & Lawatan Industri
  14. Peperiksaan KAPSUL

Semoga makluman ini memberikan gambaran yang jelas kepada saudara/saudari tentang kursus yang bakal dilangsungkan ini. Adalah digalakkan maklumat/email ini disebarluaskan kepada sesiapa yang berminat; para graduan negeri Selangor dan Kuala Lumpur (diploma/ijazah) yang masih belum mendapatkan pekerjaan atau baru sahaja bergraduasi.

Anda adalah layak menyertai kursus ini sekiranya anda (a) graduan berstatus anak negeri Selangor iaitu kelahiran Selangor atau, (b) graduan berstatus penduduk tetap Selangor iaitu telah bermastautin lama dan I/C beralamat Selangor atau, (c) graduan yang ibu atau bapanya anak Selangor.

Sekiranya anda mempunyai salah satu dari syarat di atas, maka anda adalah layak untuk mengikuti kursus ini.

Untuk mendaftar, sila berikan maklumat diri (resume). Penyertaan adalah terhad, rebut segera.

Urusetia pendaftaran : 
En. Johan Eskandar Mohd Najib
 +60162419231
 johan@sigtech.com.my

 *Mohon emailkan butiran diri yang lengkap kepada urusetia pendaftaran bagi melancarkan lagi urusan selanjutnya. Adalah dinasihatkan untuk SMS/telefon kepada urusetia sebagai reminder kerana ada kes yang hantar email tetapi tidak sampai.

Makanan dan penginapan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Perangsang Selangor selama 10 hari berkursus. Bagi latihan industri pula, elaun akan diberikan sepanjang tempoh latihan industri tersebut.

Sekian, wassalam

FAHRUR ROZI JALALUDDIN
Sekretariat KAPSUL
M: +60199595907
T : +60389455998
F : +60389417957
E : arrazzi@sigtech.com.my

No comments:

Post a Comment