SUBANG JAYA, 18 Feb: Kejayaan menerajui empat buah negeri membuktikan Pakatan Rakyat (PR) mampu mentadbir negara dengan lebih baik.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali memberitahu rakyat perlu
melihat kejayaan PR di setiap negeri yang dimenangi, ia merupakan contoh
terbaik bagi membuktikan PR mampu memerintah Putrajaya.
"Di Selangor bagaimana kita berjaya memperolehi sebanyak RM2.5 bilion sepanjang lima tahun pemerintahan PR.
"Awal pengambilalihan kerajaan dari Barisan Nasional (BN) hanya sekitar
RM400 juta sahaja yang disimpan oleh mereka," ucap beliau pada Majlis
Makan Malam Demi Rakyat di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Tambah Ahli Parlimen Gombak lagi, kejayaan itu adalah kerana sistem yang
diamalkan oleh PR yang tidak menjadikan rasuah sebagai agenda utama
dalam segala urusan pentadbiran.
Azmin yang turut menyatakan 2013 adalah merupakan tahun yang amat penting membuat keputusan kepada masa depan negara.
"2013 adalah masa yang terbaik untuk buat perubahan, saya berani
nyatakan tindakan yang kita ambil ini akan mengembalikan Malaysia kepada
sebuah negara yang lebih baik," sambung beliau lagi.
Tambah
beliau lagi, PR sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihanraya
dan hanya menunggu Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen
sahaja.
Kata beliau lagi, kesediaan PR bagi menghadapi
pilihanraya ini adalah kerana dukungan rakyat yang mahukan perubahan
agar Barisan Nasional dikalahkan.
"Saya ingin menyatakan pada
pilihanraya kali ini kita bukan sahaja ingin merubah kerajaan tetapi
juga kepada sebuah sistem yang telah usang tidak lagi relevan pada masa
depan negara dan rakyat.
"Kita akan menyaksikan satu sejarah
dalam negara ini apabila BN akan akhiri pemerintahan mereka dan rombakan
dilakukan pada sistem yang usang," jelas beliau.
Azmin yang
sedar BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus
memerintah, namum yakin dengan perjuangan yang dilakukan oleh rakyat
pasti segalanya dapat diatasi.
Source - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16798-kejayaan-negeri-bukti-pr-mampu-tadbir-negara
No comments:
Post a Comment